BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 2, 2012

::Mencari Keredhaan::


Dalam aku mencari redhaMu Tuhan,
jiwaku perlu kepada mutiara ihsan,
kalbuku perlu pada permata iman,
agar diriku sentiasa indah dengan nikmat ISLAM,
Tetapi bagaimana harus ku merasai semua itu
... tanpa bantuan seorang teman yang mampu
menjadikan diriku menuju ke sisiMu Tuhan.

Saat Allah mencintai seseorang,
tempat pertama menerima sentuhan cinta itu
ialah hati mereka.
Disitulah Allah melenyapkan rasa putus asa
dan kesedihan akibat dosa mereka,
kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan
utk berubah menjadi insan bersih.

Hati kita seeloknya selalu berbisik:
"Aku tahu bila Allah mencintaiku iaitu saat ku
membenci segala kejahatanku"

Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya
kesenangan itu selepas kesusahan,
jangan berduka cita kerana hidup ini meletihkan,
sebab demikianlah hidup ini diciptakan

~imam syafie~

(Rujukan dari page facebook Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal) -untuk panduan kita semua..=)

0 comments: