BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 29, 2011

::Jangan menunggu::

Jangan menunggu bahagia baru tersenyum
tapi tersenyumlah, maka akan bahagia

Jangan menunggu kaya baru bersedekah
tapi bersedekahlah, maka semakin kaya

Jangan menunggu cinta baru berta’aruf
tapi berta’aruflah, insya Allah cinta hadir dalam ridhaNya

Jangan menunggu pasangan yang sempurna baru berkahwin
tapi berkahwinlah, maka insya Allah kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu..♥



Friday, October 28, 2011

::Tiada yang Indah::

TIADA YANG INDAH..
Bagi IBU BAPA... selain mendapat anak yang soleh dan solehah... dan... mendoakan kebahagiaannya. Jadilah anak yang soleh dan solehah..

TIADA YANG INDAH...
Bagi GURU... selain melihat kejayaan anak muridnya dan ilmu yang diajar dimanfaatkan oleh anak muridnya dan usahalah sehingga berjaya..

TIADA YANG INDAH...
Bagi PEJUANG selain meraih kemenangan dan gugur sebagai syuhada' Jadilah syuhada'Fisabilillah..

TIADA YANG INDAH...
Bagi KEKASIH selain kasihnya tidak dikhianati dan kesetiaan dari pasangannya. Hindari diri dari mengkhianati...

TIADA YANG INDAH..
Bagi SUAMI & ISTERI... . selain mendapat isteri dan suami yang solehah dan soleh serta dapat hidup bahagia.Wujudkanlah keluarga bahagia...

TIADA YANG INDAH...
Bagi KAWAN selain mempunyai kawan yang bersama saat susah dan senang dalam menempuhi ranjau perjuangan... . Jadikanlah kawan yang baik.

TIADA YANG INDAH..
Bagi MUSLIM..selain dapat menjatuhkan lawannya dan memperolehi kejayaan... Musuhilah Syaitan jangan manusia...

TIADA YANG INDAH..
Bagi PELAJAR... selain memperolehi kejayaan dan mendapat ilmu yang berkat...

Ingatlah..Sekiranya anda berjaya mencapai apa yang diingini bersyukurlah pada Ilahi... kerana semua nikmat darinya kita tiada kuasa untuk mengadakannya.. cuma kita perlu berusaha hingga berjaya...
Dan andai tidak berjaya... .janganlah berputus asa............

::Beza Cinta dengan Suka::

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.



Thursday, October 27, 2011

::Cara-cara Melayan Suami::

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jgn suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak & menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jgn terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dgn anda sbg denda di atas kedegilan anda sbg isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jgn disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dgn senyuman kasih sayang & bersegeralah meminta maaf. Jgn kita tunggu suami meminta maaf dgn isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah byk bersabar, jgn cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yg tidak matang & seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yg tidak kena tambahan pula kalau yg menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya

♥ Izinkan aku mencintaimu kerana ALLAH ♥


Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu..

Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah..
Ketika aku mendoakanmu tanpa kau tahu..
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu..
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu..
Ketika aku memberi harapan saat kau mulai terjatuh..
Ketika aku tanpa jemu membantumu..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu..
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu..
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untuk mu..
Ketika aku menjaga rahsiamu..
Ketika kita duduk bersama dan perbicaraan kita selalu tertuju kepada kebaikan..


Dan


Ketika suatu saat nanti aku perlu melepasmu dgn penuh keikhlasan..


dan jika Allah takdirkan aku untuk mencintaimu..
izinkan aku melabuhkan cinta padamu kerana Allah...


Kata-kata dari Wall Andai Telah Ditakdirkan Dia Jodohku, Maka AKu Terima dia Seadanya...(Facebook)



Monday, October 10, 2011

::Bakal Suami yang perlu dijauhi::

Assalamualaikum..


Hai semua, apa khabar? Diharap semua nya sihat sejahtera, ceria dan senyum2 selalu. Baru hari ini reha update blog reha, sbb reha rasa tersangat la rajin hari ini kan. So tajuk blog reha hari ini ialah bakal suami yang perlu dijauhi. So rasa2 nya bakal suami untuk seorg wanita yang macam mana yang perlu dijauhi, sama2 la kita renung-renungkan dan fikir tentang segala aspek yang perlu kita tahu.

Antaranya ialah :
1)Akidahnya rosak: Ciri-ciri ini adalah ciri2 yang tidak layak untuk dijadikan idaman hati kita. Ibnul Qayyim mengatakan, "Barangsiapa yang hendak meninggikan bangunannya, maka hendaklah dia mengukuhkan asasnya dan memberikan perhatian penuh terhadapnya. Sesungguhnya kadar tinggi bangunan yang boleh bangun adalah sebanding dengan kekuatan asas yang dibuat. Amalan manusia adalah ibarat bangunan dan asasnya adalah iman." (Al-Fawaid). Bermaksud jika aqidah dan iman seseorang rosak-padahal itu adalah pokok atau asas, maka bangunan diatasnya pun akan ikut rosak.

2)Senangnya berdua-duaan: Inilah sikap lelaki yang sering mengajak pasangannya yang belum halal baginya untuk berdua-duaan(berkhalwat). Berdua-duaan disini boleh juga dalam bentuk tanpa hadir dalam satu tempat, namun melalui khidmat pesanan ringkas(sms), melalui kata-kata mesra di FB dan lainnya. Perkara ini pun termasuk semi khalwat yang juga terlarang. Dari Ibnu Abbas," Janganlah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita kecuali jika bersama mahramnya."(HR. Bukhari). Emmn pesanan kedua ni pun merupakan peringatan dari diri reha juga...

3)Mensia-siakan solat: Solat berjemaah bagi lelaki adalah suatu kewajipan sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Qurandan berbagai hadis. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, seorang lelaki buta datang kepada Rasulullah SAW dan berkata,"Wahai Rasulullah, aku tidak memiliki penunjuk jalan yang dapat mendampingi aku untuk mendatangi masjid."Maka ia meminta keringanan kepada Rasulullah untuk tidak solat berjemaah dan agar dibolehkan solat di rumahnya. Kemudian Rasulullah memberikan keringanan kepadanya. Namun, ketika lelaki itu hendak beranjak, Rasulullah memanggilnya lagi dan bertanya,"Apakah kamu mendengar azan? "ia menjawab,"Ya." Rasulullah bersabda,"Penuhilah seruan (azan) itu". (HR. Muslim).

4)Tangan suka usik-mengusik: Tangannya yang suka bersalam wanita yang tidak halal baginya. Rasulullah SAW pun ketika berjabat dan waktu lainnya tidak pernah menyentuh tangan wanita yang tidak halal baginya. Dari Abdullah bin 'Amr,"Sesungguhnya Rasulullah tidak pernah berjabat tangan dengan wanita ketika berbaiat."(HR, Ahmad Shahih).

Diharap ciri-ciri diatas ini dapat memberikan manfaat pada semua umat islam..Juga peringatan untuk diri reha sendiri..