BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 25, 2012

::Erti Disebalik Kesetiaan::


Erti Disebalik Kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?

Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.

Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.

Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redhalah…



Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…Jadilah baik untuk dapat yang terbaik!

Friday, March 23, 2012

::Dalam Mihrab Cintaku::



DALAM MIHRAB CINTAKU

Jika diriku mencintaimu kerana ketampananmu,
Jangan salahkan aku kalau aku beralih,
pada yang lebih tampan darimu.

Jika diriku mencintaimu kerana hartamu,
Jangan salahkan aku kalau aku meniggalkanmu,
bila hartamu mulai sirna pada pandanganku.

Jika aku mencintaimu kerana kedudukanmu,
Jangan salahkan aku kalau aku memilih,
yang lebih tinggi kedudukannya darimu.

Wahai akhi pujaan qalbu,
Kiranya diriku mencintaimu kerana Agamamu,
Janganlah risau serta ragu,
InsyaAllah aku tetap akan menantimu,
Kiranya ini yang terbaik pada pandangan Rabbku.

Memang ada yang lebih tampan darimu,
Memang ada yang lebih berharta darimu,
Memang ada yang lebih berkedudukan darimu,
Namun yakinlah semuanya pasti sirna ditelan waktu.

Bagiku engkau adalah ANUGRAH dari Penciptaku,
Kerana Dialah yang mencondongkan hati ini untuk menerimamu,
Dialah yang Maha Tahu serta menentukan segala sesuatu,
Setelah istikharah namun tetap engkau yang dipertemukan denganku.

Sabarlah menantikan waktu itu,
Kerana aku pun menanti sepertimu,
Walaupun banyak ujian menguji hatimu,
Namun yakinlah itu adalah untuk memantapkan hatimu,
Semua yang TERBAIK akan datang TEPAT WAKTU,
Sesuai KETENTUAN yang Maha Tahu,
InsyaAllah pasti akan dimudahkanNYA.

Ya Rabb...Pemilik CINTA sejati,
Jika cintaku Kau ciptakan untuk dia,
Tabahkan hatinya, Teguhkan imannya,
Tegarkan dan temanilah dia dalam penantiannya,

Jika hatiku Kau ciptakn untuk dia,
Penuhi hatinya dengan kasih-MU
Terangi langkahnya dengan cahaya-MU,
Kutitipkn cintaku pada-MU untuknya,
Resapkan rinduku pada rindunya,
Mekarkan cintaku bersama cintanya,
Satukanlah hidupku & hidupnya Dalam Cinta-Mu..♥
Aamiin ya Rabb..

Wednesday, March 21, 2012

:Pernikahan dan Perkahwinan::


Pernikahan dan Perkahwinan..

(Warkah dari hati ke hati. Kita bnama insan.. Moga saling
memahami erti sebenar pengorbanan jiwa dalam perkahwinan)

Pernikahan dan Perkahwinan..

Menyingkap takbir rahsia...WANITA..isteri yg kamu nikahi..
Tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah..pun tidak setabah Fatimah..apalagi secantik Zulaikha..
Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman, yg punya cita-cita mjadi solehah..

Pernikahan dan Perkahwinan..

Mengajar kita punyai tanggungjawab bersama..
Isteri menjadi tanah..kamu langit penaungnya..
Isteri ladang tanaman..kamu pemagarnya..
Isteri kiasan ternakan..kamu gembalanya..
Isteri adalah murid..kamu gurunya..
Isteri bagaikan anak kecil dan kamu tempat bermanjanya..
Bila wajah kehidupan bertukar paksi..
Saat isteri menjadi madu..kamulah penawar bisanya..
Seandainya isteri tulang yg bengkok, berhati-hatilah mluruskannya...

Pernikahan dan Perkahwinan..

Membawa sejuta rahmat. Menginsafkan kita perlunya IMAN dan TAQWA, untuk belajar meniti sabar dari redha ALLAH SWT kerana memiliki isteri yg tidak sehebat mana..

Justeru, kamu bernama lelaki akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah pun bukan pula Saidina Ali. Tapi kamu cuma suami akhir zaman yg berusaha menjadi soleh. Amin...

:3 PERKARA MEMBAHAGIAKAN:



3 PERKARA MEMBAHAGIAKAN

HAYATI PESANAN AL-GHAZALI YANG MENYATAKAN ; SEBUAH RUMAHTANGGA HENDAKLAH DIBINA ATAS 3 STRUKTUR ASAS :

· ‘AL-SAKINAH’ (KETENANGAN)

· ‘AL-MAWADDAH (KEMESRAAN)

· ‘AL-TARAHUM’ (TIMBANG RASA)

ASAS PERTAMA KETENANGAN BERMAKSUD HENDAKLAH SUAMI ISTERI BERPUAS HATI DENGAN PASANGANNYA. MEREKA SEHARUSNYA TIDAK BERMINAT DENGAN YANG LAIN.

ASAS KEDUA KEMESRAAN PULA MEMBAWA PENGERTIAN SUKA DAN DUKA SECARA BERSAMA.

ASAS KEDUA, TIMBANG RASA PULA LEBIH BANYAK MERUJUK KEPADA AKHLAK YANG MULIA SERTA TAHU BERSYUKUR ATAS NIKMAT YANG DIPEROLEH.

SEBUAH RUMAH TANGGA YANG BERJAYA DIDIRIKAN DI ATAS 3 STRUKTUR INI MERUPAKAH KELUARGA YANG PALING BAHAGIA, MALAHAN INILAH KELUARGA YANG MAMPU MENGATASI SEGALA CABARAN HIDUP. MEREKA ADALAH IBU BAPA YANG BAKAL MELAHIRKAN ZURIAT YANG SIHAT DAN KEBERKATAN YANG BERPANJANGAN.

HARTA-BENDA DAN KEMEWAHAN HIDUP TIDAK MENJAMIN KEBAHAGIAN YANG DICARI-CARI KADANG-KADANG HIDUP DI SEBUAH RUMAH USANG, PASANGAN LEBIH MAMPU MENGUKIR SENYUMAN YANG BERTERUSAN.

SABDA NABI S.A.W “TIGA PERKARA YANG MEMBAHAGIAKAN: ISTERI YANG SETIA, KENDERAAN YANG SENANG DITUNGGANGI DAN KEDIAMAN YANG SELESA.-HADIS RIWAYAT SA’AD IBN ABU WAQQAS R.A

Tuesday, March 20, 2012

::Ajari Aku::


Ajari aku cinta untuk bersabar..
Untuk menemukan Imam yang benar..
Untuk menjaga segala kemuslimahanmu..
Mengangkat derajat keimananku..
Serta membawaku dalam Indahnya agama Allah..
...
Ajari aku cinta untuk bertahan..
Pada kebaikan..
Pada keistiqomahan..
Pada Indahnya sendiri tanpa sentuhan haram..
Pada keindahan Cinta yang selalu terpendam..

Ajari aku cinta..
Seperti Para makhluk tuhan yang selalu berdzikir..
Seperti Hamba-hamba Tuhan yang selalu berfikir..
Di jauhkan dari manusia-manusia kafir..
Dan selalu ada dalam kerendahan hati tanpa kikir..

Ajari aku Cinta..
Aku ingin memilikimu karena TuhanMu, Allah..
Aku ingin menjadi pendampingmu karena Ajaran TuhanMu, Allah..
Aku ingin mencintai dan melengkapai kehidupanku juga hanya ada di jalan TuhanMu, Allah..
Demi Cintaku padamu, Karena Allah..
Hanya Karena TuhanMu, Allah..
Jadilah Imamku yang sempurna..
Yang selalu mencari cinta di jalan TuhanMu, Allah..
Untukmu Yang akan menjadi Imamku..

Friday, March 16, 2012

::Hikmah Menyegerakan Perkahwinan::


Antara HIKMAH menyegerakan PERKAHWINAN adalah :
✿~ LELAKI akan LEBIH JELAS dan FOKUS dengan MATLAMAT hidup mereka..
✿~ WANITA akan LEBIH CEPAT BERGELAR IBU dan melahirkan ZURIAT PEJUANG AGAMA..

Sabda Nabi s.a.w :
"BERNIKAHLAH kalian, ramaikanlah KETURUNAN dan beranakpinaklah kalian, kerana sesungguhnya aku BERBANGGA dengan umatku yang RAMAI di hari kiamat.."

p/s : Berkahwinlah jika kalian me'rasa'kan kahwin itu JALAN TERBAIK untuk kalian pada saat dan ketika ini..tetapi ingat, pastikan 'rasa' itu didokong terlebih dahulu dengan proses ISTISYARAH dan ISTIKHARAH..kemudian, setelah yakin dan menetapkan keazaman, bertawakkallah kepada Allah..Dia Maha Tahu apa yang TERBAIK untuk hambaNya..♥♥


(Petikan dari page fb Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah-sharing is caring.)

::Perkara-Perkara Sunat Yang Dilakukan Pada Hari Jumaat::

Perkara2 Sunat Yang Dilakukan Pada hari Jumaat :

Mandi sunat Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan cantik serta bau-bauan.

Sunat memakai pakaian yang berwarna putih.
...
Keluar ke masjid dengan niat untuk menunaikan sembahyang Jumaat pada seawal waktunya secara berjalan kaki dengan penuh tenang dan sopan disamping membanyakkan membaca zikir, berselawat dan bertahmid kepada Allah.

Sunat mengelokkan rupa parasnya dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar bersembahyang seperti memotong kuku, misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu air-ari, menggosok gigi dan sebagainya.

Sunat membanyakkan membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya.

Sunat memperbanyakkan membaca doa dan memohon keampunan dari Allah pada malam dan waktu siangnya.

Memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada malam hari dan di waktu siangnya.

Melakukan sembahyang sunat 4 rakaat sebelum Jumaat dan 4 lagi selepasnya.

Sunat membaca surah al Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas setiap satunya sebanyak 7x selepas memberi salam sembahyang Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa membaca surah Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas sebanyak 7 kali sebelum ia mengubah cara duduknya setelah imam selesai memberi salam pada hari Jumaat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan dan yang akan datang serta diberi ganjaran pahala sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya."

Disunatkan bagi orang yang mengantuk ketika mendengar khutbah pada hari Jumaat supaya berpindah tempat duduknya. Berdasarkan riwayat dari Ibnu Umar katanya, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk pada hari Jumaat di dalam majlisnya maka hendaklah ia berpindah ke tempat duduk lain."

Wednesday, March 14, 2012

::Doa Bertemu Jodoh (Untuk Wanita)


Khas untuk wanita...Jom kita share2...=)

Saturday, March 10, 2012

::Tips Menawan Hati Si Dia::




Memikat hati wanita yang diminati bukan mudah sebenarnya.Ramai yang berdepandengan
perasaan takut dan malu. Tapi mulai hari ini singkirkan perasaan tersebut.Gunakan 10 tips
berikut untuk menawan hati si dia.

1. Menerima Seadanya
Mendekati wanita yang anda sukai adalah suatu cabaran.Apabila anda mahu memiliki
wanita idaman, anda perlu berlaku jujur kepada diri sendiri. Jangan sesekali menonjolkan
sifat yang bukan menjadi kebiasaan anda.

2. Jangan Membuat Penilaian Awal
Inilah kunci utama dalam sebuah perhubungan. Antara lelaki dan wanita ada perbezaannya.
Ramai lelaki yang mengimpikan memilih wanita muda sebagai pasangan hidup tetap ihakikatnya
ianya bukan perkara mudah. Hormatilah karekter, sikap dan sebagainya. Yang
penting, terimalah sidia seadanya.

3. Berikan Dirinya Ruang
Biarkan dia memasuki hati dia seluas-luasnya.Jangan sempitkan pemikiran terutama sekali
kalau anda pernah kecewa sebelum ini dalam percintaan.

4. Bertindak Seadilnya
Apabila anda mula menyukai seseorang, biarkan dia mengenali siapa diri anda.Biar
dia kenali minat anda, kawan, keluarga, hobi dan impian anda agar dia dapat mengenal
anda dengan lebih rapat. Pastikan anda menjawab setiap pertanyaannya
dengan jujur. Barulah perkenalan anda itu menjadi lebih terbuka.

5. Sebuah Senyuman
Melalui sebuah senyuman, anda mungkin akan memiliki apa yang anda inginkan. Inilah penangan
sebuah senyuman. Senyuman tidak memerlukan sebarang bayaran pun.Anda hanya perlu melemparkan senyuman yang ikhlas termasuklah ketika mahu mengenalinya atau pun ketika bertemu dengan kawan-kawannya serta ahli keluarganya.

6. Jadilah Sebaik Mungkin
Memiliki wanita idaman anda mungkin memerlukan anda berdepan dengan persaingan.Ia mungkin
datang dari kawan-kawan anda, orang disekeliling dan sebagainya. Jadi jikalau anda ingin memenangi
hatinya, jadilah diri anda yang sebaiknya. Pastikan gaya dan penampilan anda berbeza dari
orang lain. Tapi awas, jangan berlebihan kerana anda akan nampak lebih buruk dimatanya berbanding
orang lain.

7. Berusaha Gigih Untuk Memiliki
Kata pepatah ada menyebut, yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang
melayang. Jadi anda perlu berusaha dan terus berusaha. Jangan sesekali mudah putus asa,
sebaliknya berusaha untuk memilikinya. Tidak cukup sekadar berkirim salam sahaja,
sebaliknya berbuatlah sesuatu untuk menarik perhatiannya. Berusaha bukan bermakna anda
perlu mengamalkan taktik kotor dengan berbomoh atau sebagainya, tetapi biar ia kena dengan IQ
dan EQ anda.

8. Jangan Keterlaluan
Apabila anda berusaha memiliki seseorang yang anda sukai, jangan terlalu berlebihan.
Sikap ini boleh menyebabkan si dia rimas dan meluat.Oleh itu bersederhanalah dalam tindakan
anda.

9. Kenali Dirinya
Apabila anda mula menyukai seseorang gadis, kaji diri mereka seadanya. Pastikan anda
mengetahui apa yang merek asukai, minat dan sebagainya. Kalau anda berjaya menjadi seorang peneka
yang tepat, anda mungkin akan menjadi lelaki idamannya kerana mengetahui semua minatnya.

10. JanganTerlaluPeramah
Ramai lelaki bertanya, mengapa wanita begitu rapat dengan kawan-kawan mereka? Untuk makluman,
wanita makhluk yang mempunyai sifat penyayang yang cukup tinggi. Mereka juga prihatin malah
begitu mengambil berat. Jadi kalau anda cuba mendekati seorang wanita , jangan menjadi terlalu peramah atau jangan terlalu ingin mengambil tahu segalanya.


(Petikian ini diambil dari email yg saya terima utk, diharap dpt berkongsi dgn semua blogger2 sana..amin)

Friday, March 9, 2012

::Jenis-jenis Cinta::



JENIS-JENIS CINTA.....

♥♥♥ CINTA MAWAD'DAH ♥♥♥
~ adalah jenis cinta membara dan meluap-luap. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya dan hampir tak boleh berfikir lain.

♥♥♥ CINTA RAHMAH ♥♥♥
~ adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban dan siap melindungi.
Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang di cintainya di banding terhadap diri sendiri.
Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita.
Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.
Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya.
Dari itu maka dalam Al Quran , kata “kerabat” sering di sebut dengan al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, di sebut rahim (dari kata rahmah).
Sejak janin seorang anak sudah dil iputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.
Selanjutnya di antara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu bersilaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang.
Suami isteri yang di ikat oleh cinta mawad'dah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

♥♥♥ CINTA MAIL ♥♥♥
~ adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menumpu seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang di perhatikan.
Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an di sebut dalam konteks orang poligami di mana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.)

♥♥♥CINTA SYAG'HAF ♥♥♥
~ adalah cinta yang sangat mendalam, alami, asyik dan memabukkan. Orang yang di serang cinta jenis syag'haf (qad syaghafaha hubba) boleh jadi macam orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dil akukan.
Al-Quran terang tentang cinta syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya..Nabi Yusuf.

♥♥♥ CINTA RA'FAH ♥♥♥
~ adalah rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran dan kehidupan... misalnya kasihan kepada anak-anak sehingga tidak gerak atau paksa mendirikan solat...
Al Quran juga mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah s.w.t. untuk kepentinagn duniawi.

♥♥♥ CINTA SHOB'WAH ♥♥♥
~ adalah cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak.
Al Quran mencerita... bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar di pisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon di masukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh atau zina.

♥♥♥ CINTA SYAUQ ♥♥♥
~ Cinta syauq ertinya rindu...Dalam Al Quran surah al `Ankabut ayat 5..... di katakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian di ungkapkan dalam doa ma'tsur dari hadis riwayat Ahmad
'' aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.''
Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi.

♥♥♥ CINTA KULFAH ♥♥♥
~ adalah perasaan cinta yang di sertai kesedaran mendidik kepada ujian-ujian Allah s.w.t ke atas hampanya.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yg sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)

♥♥♥ CINTA FB ♥♥♥
~adalah cinta tempah maut... tak kenal....tak tau sapa...tau-tau inbox..tukar number talipon...
jumpa...bercinta....last hilang maruah....jadi keldai dadah...roboh rumahtangga..cara-gara ayat cinta yang tak pernah dapat dari pasangan... last....
''cry''....''cry''....''cry''....

Tuesday, March 6, 2012

::Aku Ingin...::

 

~ Aku ingin MENCINTAIMU kerana AGAMAMU.. 
~ Aku ingin MENYAYANGIMU kerana AKHLA...KMU.. 
~ Aku ingin BERSAMAMU kerana ALLAH..

Maka, TERIMALAH aku seadanya..KEKURANGANKU akan menjadi PELENGKAPMU..insyaAllah..♥♥
    

Sunday, March 4, 2012

::6 Cara Mengubati Buruk Sangka::


6 Cara mengubati buruk sangka


6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:

... 1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.

2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.

3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.

4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.

5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.

Friday, March 2, 2012

::11 Orang Yang Mendapat Doa Malaikat::


11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
...
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.