BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 29, 2012

::Cara Untuk Mendirikan Solat Tahajjud::



Cara untuk mendirikan Solat Tahajjud

1. Terdapat berbagai cara untuk melakukan solat Tahajjud. Kesemuanya pernah dilakukan oleh Rasulullah saw antaranya:

Namun kalau dirasakan berat memadailah dilakukan dengan sedikit iaitu sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam. Dalam hal ini Rasulullah saw telah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah, ketika Rasulullah ditanya oleh salah seorang sahabatnya:

"Apakah amalan yang disukai oleh Allah? Rasulullah menjawab : " Yang terus menerus (sentiasa dikerjakan) walaupun sedikit."

2. Lafaz dan niat untuk solat Tahajjud ialah:

Ushalli sunnatat tahajjudi rak'ataini lillahi ta'ala
Ertinya:"Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta'ala"

3. Bacaan surah atau ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (seeloknya 7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (seeloknya 11 kali)

4. Lakukanlah dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain., cuma selepas
membaca tasbih biasa ketika sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa
berikut:

Rabbid khalniimud khala sidqin wa-akhrijnii mukhraja sidqin waj'allii mil ladunka sultaanaan nasiiraa.

Ertunya: " Tuhanku! masukkanlah aku kedalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu"

5. Lakukan sembahyang sunat tahajjud ini mengikut kemampuan. Kalau terlalu mengantuk maka eloklah dipenekkan sahaja.

6. Selepas selesai mengerjakan sembahyang Tahajjud maka bacalah doa sepertimana yang pernah dibaca oleh Rasulullah saw ini:

Allahummaj'al fii qalbii nuuran wafii lisaanii nuuran waj'al fii sam'ii nuuran waj'al fii basori nuuran waj'al fii khalqii nuuran wamin amaamii nuuran waj'al min fauqi nuuran waa man tahtii nuuraa. Allahumma a'tinii nuuraa.

Ertinya: Ya Allah! Jadikanlah didalam hatiku cahaya yang cemerlang, pada lidahku cahaya yang cemerlang dan jadikan pada pendengaranku cahaya yang cemerlang serta jadikan pada penglihatanku cahaya yang cemerlang jadikan dibelakangku cahaya yang cemerlang dan dihadapanku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku cahaya yang cemerlnag. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang!"


(Petikan dari page fb Abdul Razak Johan-Sharing is caring dan kongsi ilmu..)

Tuesday, February 28, 2012

::Cara Rasullulah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri::



Cara Rasullulah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.”

(Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”

(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya..”

Hidupkanlah Sunnah Nabi S.A.W Kerana Sunnah Nabi Akan Membawa Kejayan Dunia dan Akhirat.

(Petikan diambil dari Page fb Padamu Ku Bersujud- Jadi sama2 la kita berkongsi ilmu-sharing is caring)

Monday, February 27, 2012

::Nasihat::



Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.

Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

(Surah 24:31)

Sunday, February 26, 2012

::Petua Memilih Kawan Dari Imam Al-Ghazali::



Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali

Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.


(Nurkilan dari Page FB Rindok.Com-Sharing is caring and dpt ilmu)

Saturday, February 25, 2012

::4 Jenis Perempuan Yang Akan Menjadi Isi/Penghuni Neraka::


4 JENIS PEREMPUAN yang akan menjadi ISI/PENGHUNI NERAKA :

✿~ Perempuan yang JAHAT MULUTNYA atas suaminya..
~ suka jatuhkan maruah suaminya
~ suka kutuk suami berterusan
... ~ suka mengungkit setiap hari
~ apabila suami berada di rumah, disakiti hati suami dengan kata-kata yang kasar

✿~ Perempuan yang buat suaminya TIDAK MAMPU/meminta sesuatu dari suaminya yang tidak mampu dibuat/dibeli oleh suaminya..
~ paksa suami ikut cakap isteri
~ guna ilmu hitam
~ mintak sesuatu yang diluar kemampuan suami

✿~ Perempuan yang TIDAK MAHU MENUTUP AURATNYA daripada lelaki (bukan mahram)..
~ isteri yang berhias diri ketika keluar rumah
~ isteri yang tidak mahu menutup aurat

✿~ Perempuan yang CITA-CITANYA TIDAK ADA (hidup untuk makan dan berseronok)..
~ tidak mahu menunaikan solat
~ tidak mahu membaca quran
~ tidak mahu berpuasa
~ hanya mahu bersenang-lenang
~ hidup untuk makan, minum, tidur dan berseronok sahaja

"Kebanyakkan WANITA itu adalah ISI NERAKA dan KAYU API.."

p/s : Nasihat untuk diriku dan muslimat sekalian..♥♥

Friday, February 24, 2012

::10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran::



1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Wednesday, February 22, 2012

::Erti Disebalik Kesetiaan::



Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?

Diseba...bkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.

Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.

Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redhalah…



Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…Jadilah baik untuk dapat yang terbaik!

Tuesday, February 21, 2012

::Ciri-ciri Wanita Solehah::

 Ciri-ciri wanita solehah:

♥ Mentaati dan menyenangkan hati ibu.
♥ Perempuan yang menjaga agamanya adalah satu keuntungan.
♥ Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami (bagi yang telah bersuami)
.♥ Kesederhanaan dan kemulian merupakan sebahagian daripada iman
♥ Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain
♥ Wanita yang menutup kecantikannya kecuali kepada suami, saudara terdekat, pembantu rumah dan kanak2 yang belum mengerti ttg seks
♥ Kesopanan adalah sebahagiaan drpd iman dan iman itu tempatnya di syurga.
♥ Menjaga pergaulan di antara lelaki dan wanita.

(Riwayat Ahmad dan Al-Tarmizi)

♥ "Menetaplah di rumah dan janganlah kamu pamerkan perhiasan dan kecantikan kamu kepada orang-orang asing seperti mana wanita jahiliah."

Saturday, February 18, 2012

::63 Petua::


Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda....
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

::42 Kelebihan Selawat::



42 KELEBIHAN SELAWAT

Menurut Dr. Zulkifli Al-Bakri, SELAWAT KEPADA NABI banyak kelebihan dan faedahnya seperti yang disebut oleh SYEIKH ABD AL QADIR AL JAILANI AL HASANI RAHIMULLAH.

Didalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah, beliau meriwayatkan daripada Ibn Farhun berkata, "Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w mempunyai 42 kelebihan." Hal ini tertulis di dalam kitabnya Hadaiq al-Anwar:
...
1. Melaksanakan perintah Allah swt.
2. Bersama dengan selawat Allah swt kepada Rasulullah.
3. Bersama dengan selawat para Malaikat.
4. Mendapat ganjaran 10x selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah itu bererti RAHMAT).
5. Dikurniakan oleh Allah 10 darjat atas setiap 1 selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat 10 kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah 10 kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah.
10. Mendapat keampunan daripada Allah serta akan ditutup segala segala keaiban.
11. Allah akan menutup segala dukacita.
12. Dikurniakan makam hampir kepada Rasulullah.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Selamat sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah swt dan para malaikat akan berselawat ke atas orang yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18. Selamat dan sejahtera dari huru-hara kiamat.
19. Rasulullah akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingati semula perkara-perkara yang telah lama berlaku.
21. Mendapatkan kedudukan yang baik pada hari kiamat serta kita tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasa fakir.
23.Terpelihara dari di hinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah kepada orang yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput pengucapnya ke jalan syurga.
26. Dapat menjauhkan seseorang daripada terlibat dengan majlis-majlis yang tidak disebut Allah dan Rasul-Nya atau dari majlis-majlis lagho.
27. Berselawat juga akan menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut Alhamdulillah rabbil allamin(di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan selawat keatas Nabi.
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Terpelihara dari sifat kasar dan gelojoh.
30. Akan disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
31. Mendapat balasan rahmat yang luas dari Allah.
32. Mendapat keberkatan daripada Allah.
33. Mendapat kesempurnaan iman.
34. Kasih dan cinta kepada Rasulullah.
35. Mudah mendapat hidayah daripada Allah.
36. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah secara langsung.
37. Menjadikan kita teguh pendirian dengan kebenaran serta tak mudah goyah iman.
38. Berselawat juga bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah ke atas diri kita. Di samping itu ia di anggap mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutus Rasulullah kepada kita.
39. Berselawat juga bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah ke atas Rasulullah dan diri kita sendiri.
40. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt.
41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah di dalam jiwanya.
42. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang syeikh dan murabbi.


Amin...Subhanallah...

Friday, February 17, 2012

::Ayah::


~✿ DEAR AYAH,
Tidak kira ke mana sahaja saya pergi dalam hidup ini,
apa sahaja yang saya akan pelajari dari KEHIDUPAN ini,
dengan siapa pun bakal saya NIKAHI,
walau macam manapun TANGGUNGJAWAB pada suami,
ayah sentiasa LELAKI nombor satu... dalam HATI ini..

Thursday, February 16, 2012

::10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah S.W.T::



10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah s.w.t

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu ...tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

Wednesday, February 15, 2012

::Senyum::



"SENYUM" ringan tak bersuara tapi, penuh makna.
"SENYUM" murah tapi, tak ternilai dengan ringgit.
"SENYUM" tak perlu tenaga tapi, besar motivasinya.
"SENYUM" hal yang mudah tapi, selalu nampak indah.
"SENYUM" 1 perkara yang biasa tapi, boleh menjadi istimewa.
"SENYUM" ibadah yang paling mudah tetapi, berpahala setara dengan sedekah.

* Penuhilah hari2 kita dgn senyuman manis agar semua org ikut tersenyum kerana kita (^____^)

Tuesday, February 14, 2012

::Mas Kahwin::

Assalamualaikum..

Untuk yang bakal berkahwin, jom rujuk info mas kahwin nie..penting nie..hehehe..

Monday, February 13, 2012

::Cinta and Cinta::


~✿ C.I.N.T.A ✿~

Lima huruf kecil yang memberi KESAN yang cukup besar..seorang yang MISKIN berubah menjadi kaya, kerana cinta..seorang yang BODOH berubah menjadi cerdik, kerana cinta. .seorang yang HODOH berubah menjadi cantik, kerana cint...a..seorang yang KOLOT berubah menjadi moden, kerana cinta..

Sampai ke SATU TAHAP, cinta ini boleh MEMAKAN DIRI MANUSIA..seorang yang TERPELAJAR boleh hilang maruah dan harga diri, kerana sebuah cinta..seorang yang KAYA dan berada boleh menjadi papa kedana, kerana sebuah cinta..seorang yang WARAS dan CERDIK, boleh terjun bangunan atau meneguk racun tikus, kerana sebuah cinta..seorang GADIS yang lemah lembut dan mendengar kata, boleh lari dari rumah kerana sebuah cinta..HUBUNGAN antara anak dan ibu bapa boleh PUTUS, juga kerana sebuah cinta..

>>> Ketika cinta datang..adakah kamu akan terus memberi PELUANG dan RUANG..terus menerima kata sayang, cinta dan rindu..terus membiarkan hati kamu DISENTUH dan terus mengikut rasa hati? Atau kamu akan bertindak lebih drastik, dengan terus memenuhi ajakan keluar BERDATING, keluar makan bersama, naik kereta bersama atau mengikutinya ke mana sahaja disebabkan rasa cinta, kasih dan sayang? Atau kamu akan merujuk terus kepada TUAN PUNYA RUMAH..dalam diri kamu ada sekeping hati, yang mana pemiliknya adalah Allah..adakah merujuk kepada Allah itu tindakan PERTAMA dan UTAMA, atau hanya tindakan susulan selepas kamu beroleh kecewa?

Maka, RENUNG-RENUNG dan timbang taralah dengan diri masing-masing..cinta yang datang bertamu TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN..begitu juga jika terbukti tetamu itu adalah SANG NAFSU bertopengkan cinta..tetapi semuanya terletak di atas KEIMANAN dan KETAQWAAN kamu kepada Pemilik segala cinta..bukan bermakna menyuruh kamu berserah bulat-bulat tanpa sebarang usaha..sekadar mengajak untuk MERUJUK kepada Sang Empunya cinta, kerana padaNyalah BERHIMPUN segala cinta yang ada..♥♥♥♥

Saturday, February 11, 2012

::8 Amalan Yang Boleh Merosakkan Otak::



Assalamualaikum

Dalam banyak perkara, sebenarnya kita ada kalanya terlupa akan beberapa amalan yg sememangnya ambil mudah. Ini termasuklah amalan harian yang sering kali kita lakukan. Namun, sedar atau tidak, di sebalik amalan tersebut juga sebenarnya ada amalan bahaya yang kita tidak sedarinya. Hinggakan pada satu peringkat, amalan tersebut boleh mengancam kesihatan diri kita.

Antara 8 amalan yang boleh merosakkan otak ialah :

1) Terlebih makan
-Ia akan membebankan pmbuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

2) Menutup muka ketika tidur
-Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepda otak.

3) Perokok
-Asap rokok mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4) Banyak tidur
-Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak, tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

5) Pencemaran udara
-Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam di dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6) Kurang berimaginasi
-Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan dan keaktifan otak menurun.

7) Tidak mengambil sarapan pagi
-Apabila seseorang itu tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Seterusnya akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

8) Jarang berfikir
-Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kepada kecerdasan otak kita.

::PAGAR DIRI DARI ILMU HITAM DAN SIHIR::



PAGAR DIRI DARI ILMU HITAM DAN SIHIR ..

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

Sekian wassalam

(Nurkilan dr page fb Padamu Ku Bersujud)

Friday, February 10, 2012

::Istimewanya Kamu, Wahai Wanita::



ISTIMEWANYA KAMU , WAHAI WANITA ♥


♥ Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal
tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bap...a dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."

♥ Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki
yang soleh.

♥ Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang
takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

♥ Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

♥ Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

♥ Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

♥ Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka
mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

♥ Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

♥ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu

♥ Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.

♥ Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang
dan puasanya).

♥ Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W
"Ibunya."

♥ Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa sebulan Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

♥ Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).

♥ Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

♥ Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

♥ Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

♥ Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.

♥ Apabila
semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdeka kannya 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Thursday, February 9, 2012

::Surah Alam Nasyrah::



BERUNTUNGNYA ORG YG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca su...rah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Wednesday, February 8, 2012

::Untuk Para Lelaki::



Untuk PARA LELAKI ...

-Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

-Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

-Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

-Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.....♥

::Cinta Again::



♥ ~CINTA kerana RUPA, cinta yang PURA-PURA.. bila MENINGKAT USIA, cinta LAYU bersama..

♥~cinta kerana WANG, sangat mudah TERBANG.. ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG..

♥~cinta kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT.. manakan bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT..

♥~cinta kerana ILLAHI, itulah cinta HAKIKI.. rasa cinta yang TIADA MATI.. bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI..

Sunday, February 5, 2012

::Nikah dan Jodoh::



✔ NIKAH itu menjanjikan pahala yang TIDAK putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan sYurga sebagai tujuan.ツ.

✔ NIKAH itu penutup dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan lainnya bagi yang mengetahui rahasia-rahasianya.ツ.

✔ NIKAHLAH anda demi Tuhan dan Rasul-Nya, bukan menikah krn perasaan dan menuruti kebiasaan.ツ.

✔ JODOH X perlu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun anda perlu membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang   ^_^

::February Oh February::


Assalamualaikum..

Hai2, apa khabar semua..sihat x? Reha disini alhamdulillah sihat dan baik2 je. Dah dinner ker?? hehehe..reha dah dinner dah..emm actually reha x tau nak taip pe tp berdasarkan tajuk february oh february nie, reha nak ctr sikit la mengenai diri reha skrg nie. Hari ini dah 5hb february 2012, reha rasa cepatnya masa berlalu, pantasnya masa, semuanya terasa sekejap sgt. Lagi lah bulan ni de 29 days je, fuh. Reha rasa syukur sgt sbb reha dapat kerja kat tempat baru, environment baru, dpt member pun ok sbb mmg member reha pun..hehe. Position oopss secret la lgpun kerja biasa2 je kan..But reha x leh nak ckp ok sbb baru lg so harap2 mmg ok la kan kerja...

Ok tu baru ctr pasal kerja, ni reha nak ctr psl kerinduan..hahaha..ye mmg reha rindu sgt kat encik tunang walaupun baru je lepas jumpa bulan January lepas kan. Masing2 jauh n rindu tu mmg la teramat rindu, berbeza bila kita dekat kan. Encik tunang kata sabar syg lg berapa bulan je lagi, ok mmg reha sbr pun. Sbb skrg dah bulan february, so kalo ikutkan de lg 2 months cmtue, tu yg terasa cpt sgt..semoga segala urusan reha dan encik tunang dipermudahkan, amin. Mudah-mudahan diberkati, dipermudahkan..amin. Banyak persiapan yg perlu dilakukan, masih dalam proses..Bunga telur utk khatam dah siap, gift pun dah siap, tpt tido sume dlm proses utk design, pelamin n baju sanding pun dah booking..selebihnya still dlm proses lg..harap2 semuanya berjalan dgn lancar..amin..ni baru sebelum kahwin, selepas kahwin nanti lain lak ctrnye kan..hehehe..

Emm tu je la yg reha nak ctr..sbb tiba2 je idea dah xde nak ctr..pdhal td punya la byk idea tiba2 hilang cmtue je..xpe lah nanti reha akan update blog2 nie..hah lg satu blog reha ni mmg reha yg punya..real fareha ye..tp setiap apa yg reha update tu just utk sharing2 ngan korg semua tau..kebanyakkan nye reha de copy paste dr fb, or info2 yg penting leh kita share2 kan..jd x salah kan..sbb semua itu adalah ilmu yg perlu kita kongsikan bersama x kira la copy paste ke ape ke..mana2 info2 yg penting n best je reha kongsikan..jd renung2 kan dan selamat beramal ye..=)




Saturday, February 4, 2012

::Salam Maulidur Rasul 2012M/1433H::


"SALAM MAULIDUR RASUL 2012M / 1433H"... :)
Mari berselawat ke atas Nabi Muhammad agar mendapat kesenangan didunia dan peroleh syafaat di akhirat kelak... Amin..

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
... صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya...

::Dosa-Dosa::

 
 
Dosa-dosa kecil yang jadi dosa besar dengan 5 sebab:-

1. Mengulangi
2. Mengangg...ap kecil dosa itu
3. Gembira hati melakukannya
4. Membuka dosanya & merasa bangga melakukannya
5. Melakukan di hadapan ramai secara terang-terangan.

Friday, February 3, 2012

::Cinta Lagi::



Apa erti cinta jika hati menderita.
Apa erti cinta jika hati terluka.
Apa erti cinta jika hati kecewa.
Apa erti cinta jika hati tak bahagia.
Apa erti cinta jika diri bergelumang dengan dosa.
... Apa itu erti cinta jika ada sengsara.

Jika itu benar erti cinta kenapa perlu ada wujudnya cinta..
Jika hanya mahu menderita.

... ♥ ♥ ♥
cinta akan ALLAH hati akan bahagia.
Cinta akan ALLAH hati akan sihat.
Cinta akan ALLAH hati akan sakinah.
Cinta akan ALLAH hati akan ada rahmat.
Cinta akan ALLAH hati akan mawaddah.
Cinta akan ALLAH hati tidak akan bergelumang dengan dosa.
Itulah erti cinta sebenarnya.

ITULAH SEBAB KENAPA RASA CINTA ITU PERLU WUJUD DALAM DIRI..

::How To Be Happy::




-► Never hate
-►Live with love
-► Don’t worry
-► Live simple
-►Expect a little
-► Give a lot
-► Always smile
-► And best of all, keep in touch with Allah...

::Wanita Sejati::


~ WANITA SEJATI ~

"Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya
iaitu penyejuk mata dan hati. Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada Zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam kere...dhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung."

Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah SAW: "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah;
si gadis dihiasi sifat sopan dan malu;
si anak mentaati ibu bapa;
srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan
yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap masyarakat;
si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami.

Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki ‘perhiasan’ sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.

Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan.

Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.

untuk sahabat muslimahku sekalian...

cinta pertama.. kasih segala kasih,
jadilah bidadari syurga di langit dunia,
lebih lembut daripada sutera,
lebih mulia daripada mutiara,
lebih wangi daripada bebunga..
jadilah keindahan yang tiada tara,
melebihi segala permata,
kerana engkaulah permata syurga...
dan itulah wanita solehah...... ♥

(Nurkilan dari Page Facebook Aku hanya ingin cinta yang halal)

Wednesday, February 1, 2012

::Untukmu Ibu::


UNTUKMU IBU

Keridhaan Allah tergantung kepada keridhaan kedua orang tua dan murka Allah pun terletak pada murka kedua orang tua. (HR. Al Hakim)

Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan ...persahabatanku?" Nabi Saw menjawab, "ibumu...ibumu...ibumu, kemudian ayahmu dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu." (Mutafaq'alaih).

Sayup terdengar lantunan ayat suci
membuatku tersentak,
terjaga dari mimpi.
Tanpa terasa airmata turun perlahan,
Membasahi wajah dan
sesak memenuhi rongga dada.

Baru saja kudengar,
Sapa dari Bunda tercinta
yang menemuiku dlm mimpi.
Yang tak bosan mengingatkanku
untuk selalu menjadi yg terbaik.,
Dalam perjalanan hidupku

Untukmu Ibu ... Pengorbanan yang selama ini engkau berikan akan menjadi awal untuk perjuanganku di muka bumi ini. semoga Allah Meridhaimu. Amin.

::Maaf::



Bagaimana 'Maaf' Dalam Pandangan Islam?

Setiap manusia pernah melakukan kesalahan. Kesalahan, kekhilafan adalah fitrah yang melekat pada diri manusia.

Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap manusia pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat kepada Allah SWT".

Ini bererti bahwa manusia yang baik bukan orang yang tidak pernah berbuat salah, sebab itu mustahil kecuali Rasulullah SAW yang ma’shum (sentiasa dalam bimbingan Allah SWT). Tetapi, manusia yang baik adalah manusia yang menyedari kesalahannya dan segera bertaubat kepada-Nya. Dalam Islam, mampu memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu ciri orang yang bertaqwa (muttaqin).

Allah SWT berfirman:

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."
(QS. Al-Imran: 133-134).

Allah SWT berfirman:
"...Maka barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah."
(Q.S.Asy-Syura : 40).

Dari Uqbah bin Amir, dia berkata:
"Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Uqbah, bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu."
(HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).

Al-Quran memang menetapkan, bahawa seseorang yang diperlakukan secara zalim diizinkan untuk membela diri tapi bukan didasarkan balas dendam. Pembelaan diri dilakukan dengan penuh simpati seraya menunjukan perangai yang luhur, bersabar, memaafkan dan toleran.

Ketika Matsah yang dibiayai hidupnya oleh Abu Bakar menyebarkan gosip yang menyangkut kehormatan puterinya, Aisyah yang juga isteri Nabi. Abu Bakar bersumpah tidak akan membiayainya lagi. Tapi, Allah melarangnya sambil menganjurkan untuk memberikan maaf dan berlapang dada.

(Q.S. an-Nur : 22). Dari ayat ini ternyata ada tingkatan yang lebih tinggi dari alafwu (maaf), iaitu alshafhu. Kata ini pada mulanya bererti kelapangan. Darinya dibentuk kata shafhat yang bererti lembaran atau halaman, serta mushafahat yang bererti berjabat tangan. Seorang yang melakukan alshafhu seperti anjuran ayat diatas, dituntut untuk melapangkan dadanya sehingga mampu menampung segala ketersinggungan serta dapat pula menutup lembaran lama dan membuka lembaran baru.

AlShafhu yang digambarkan dalam bentuk jabat tangan itu, menurut Al-Raghib al-Asfahaniy "lebih tinggi nilainya" dari pada memaafkan. Dalam alshafhu dituntut untuk membuka kembali lembaran baru dan menutup lembaran lama." Let’s gone be by gone (yang lalu biarlah berlalu) bangunkan kembali masa depan dengan semangat yang baru. Kita selalu lupa, hanya kerana kesalahan yang telah dibuat orang lain, kita melupakan semua kebaikan yang pernah dibuatnya. Untuk itu, kita juga harus memperlakukan semuanya secara seimbang.

Yang terbaik buat kita hari ini adalah bersama-sama bangun kembali dengan semangat baru, ketulusan hati dan semangat persaudaraan. Jangan ada yang berkata: "Tiada maaf bagimu". Ahli hikmah mengatakan: Ingatlah dua hal dan lupakanlah dua hal. Lupakanlah kebaikanmu kepada orang lain dan lupakanlah kesalahan orang lain kepadamu.

Insha-Allah. Wallahu a’lam.

(Hasil Nurkilan dari Facebook Abdul Razak Johan-Sharing is Caring)

::Jangan Mencari. Tapi Menjadi::



~♥ Jangan MENCARI, Tapi MENJADI.. ♥~

Jangan mencari yang baik, tapi jadilah yang baik.
Jangan mencari yang soleh, taip jadilah akhwat solehah.
Jangan mencari yang solehah, tapi jadilah ikhwan soleh.
...
Kerana walaupun kita mencari, tapi diri kita tidak sesuai
dengannya, Allah tidak akan memberikannya jua.

Namun jika kita sesuai dengan dirinya, tanpa mencaripun
... Allah sudah menentukannya..

Kerana untuk masalah jodoh, Allah akan memberikan yg
bersesuaian dgn keperibadian & kadar keimanan kita.. ;)

- (QS.An-Nur:26)