BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 10, 2012

::Istimewanya Kamu, Wahai Wanita::



ISTIMEWANYA KAMU , WAHAI WANITA ♥


♥ Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal
tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bap...a dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."

♥ Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki
yang soleh.

♥ Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang
takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

♥ Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

♥ Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

♥ Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

♥ Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka
mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

♥ Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

♥ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu

♥ Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.

♥ Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang
dan puasanya).

♥ Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W
"Ibunya."

♥ Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa sebulan Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

♥ Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).

♥ Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

♥ Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

♥ Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

♥ Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.

♥ Apabila
semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdeka kannya 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

0 comments: