BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 27, 2013

::6 AMALAN MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI::



6 AMALAN MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

1. AZAN DAN IQAMAT

Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak.

Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali.

2. TAHNIK ANAK

Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.

Hikmahnya ialah untuk menguatkan urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.

3. MENCUKUR RAMBUT BAYI

Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk.

4. MEMBERIKAN NAMA ANAK

Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh.

Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:

Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.

Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq.

5. AQIQAH

Majoriti ulamak termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing.

Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.

6. KHITAN / SUNAT

Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.

Sunday, March 24, 2013

::Pesan Seorang Ibu Dan Ayah::



[PESAN SEORANG IBU & AYAH]

Wahai anak-anakku..
Ingatlah 10 Petua Kehidupan ini sepanjang masa. Tatkala ayahanda dan bonda tiada, 10 petua ini boleh membantu anakanda menempuh cabaran dunia Allah untuk mencapai kecemerlangan di akhirat.

1. Jangan jauh dengan Allah. Dekati Allah dengan membaca Quran sekurang-kurangnya 3 hari sekali.

2. Jaga air liur. Cakap, dengar dan baca perkara baik selalu supaya air liur yang dihasilkan adalah baik dan ditelan selalu. Mengumpat dan perkataan ‘cuba’ adalah racun yang menjurus kepada perasaan negatif.

3. Perkara lepas biarlah ia berlepas supaya ia tidak mengganggu masa depan.

4. Tidak perlu menyibuk dengan pandangan orang lain.

5. Jangan selalu ingat masih ada banyak masa. Ingat mati tiada syarat tua, mati juga tiada syarat sakit.

6. Jangan fikir terlalu banyak. Memang ada jawapan yang kita tidak akan ketahui. Tapi jawapan akan datang secara tidak sedar.

7. Tiada orang yang boleh mengawal minda anda, selain anda. Sepertimana kegembiraan dan kesedihan anda.

8. Sentiasa memberi tanpa mengharapkan pulangan. Anda akan mengecapi nikmat terbesar sebagai seorang manusia dan mengerti perbuatan memberi akan mendatangkan pahala dan kegembiraan terbesar di hati.

9. Jangan fikir terlalu banyak dan kurangkan berenung. Buat sahaja apa yang patut tanpa putus asa. Jangan menghina Allah dengan menyatakan kegagalanmu adalah takdir-Nya tatkala anda malas, kurang berusaha dan mudah berputus asa.

10. Senyum selalu. Bukan anda seorang sahaja yang ada masalah. Dan sebenarnya masalah anda cumalah mainan minda anda. Yang ada hanyalah cabaran sementara.

Friday, March 15, 2013

::Menghafal Al-Quran::

MENGHAFAL AL QURAN

~wasiat imam al ghazali:
●~0rg yg mHAFAL al quran d anggap sebagai KLUARGA2ALLAH swt.0leh itu perbanyakkan lah mHAFAL al quran kerna ia cahaya ddalam kubur...~●

●FADHILAT DAN KEUTAMAAN NYA●
ALLAH SWT telah mjanjikan kelebihan kpd mreka yg mHAFAL al quran ..dsamping itu ianya jua dapat mbuka pintu rezki dan kekayaan...
Baca dan fahamilah hadis2 rasulullah saw yg berikut:

1)●DJADIKAN SEBAGAI KLUARGA ALLAH SWT●
DARI anas r.a :rasulullah saw bsabda:
"...SESUngguhnya ALLAH swt itu mpunyai KLUARGA yg tdiri drpd manusia.kmudian anas bkata lg,"Siapakah mreka itu wahai rasulullah ??baginda mjaaab:"..iaitu AHLI AL quran(0rg yg mbaca atau mhafal al quran dan mgamalkan isinya).mreka adalah KLUARGA ALLAH swt dan 0rg2 yg istimewa bagi ALLAH swt..."

2)●DTEMPATKAN D SYURGA YANG TINGGI●
dari abdullah bin amr bin al ash r,a ,rasulullah saw bsabda:
"...D akhirat nanti para ahli AL quran dperintahkan ,BACALAH dan NAIKLAH kesyurga.dan BACAlah al QURAN dgn tartil spt engkau mbacakannya dgn tartil pd waktu ddunia.tempat tinggal mu dsyurga bdasarkan ayat paling akhir yg engkau baca..."

3)●D ANUGERAHKAN KEARIFAN●
"....para pembaca al QURAN itu adalah 0rg2 yg arif d antara penghuni syurga..."

4)●MENGAGUNGKAN ALLAH●
"...D antara perbuatan mgagungkan ALLAH adalah mhormati 0rg islam yg sdah TUA,mhormati 0rg yg mhafal Al QURAN yg tdak blebih2an dlm mgamalkan isinya dan tdak mbiarkan al QURAN tdak d amalkan ,serta mhormati kpd penguasa yg ADIL..."

5)●HATINYA TDAK DSEKSA●
"...Bacalah al QURAN kerna ALLAH tdak akan myeksa hati 0rg yg hafal al QURAN.sesungguhnya al QURAN ini adalah hidangan ALLAH,siapa yg memasukkan nya ia akan aman.dan sesiapa yg mCINTAI al QURAN maka hendaklah ia bergembira..."

6)●BERHAK MJADI IMAM DLM SOLAT●
DR ibnu mas ud ,nabi saw bsabda:
"....yg mjadi imam dlm solat suatu kaum hendaknya yg paling pandai mbaca al QURAn..."

7)●DSAYANGI RASULULLAH saw●
Dr jabir bin abdullah r.a bahwa nabi saw myatukan 2 0rg drpd 0rg2 yg gugur dlm perang uhud dlm 1lubang.kmudian nabi btanya,"Dari mreka bdua ,siapakah paling banyak hafal al QURAN???apabila ada 0rg yg dapat menunjukkan kpd salah satu nya,maka nabi memasukkan mayat itu tlebih dahulu keliang lahad..."

8)●DAPAT MBERIKAN SYAFAAT KPD AHLI KLUARGA●
drpd ali bin abi talib,nabi saw bsabda:
"...sesiapa mbaca al QURAN dan mhafalnya ,maka ALLAH akan memasukkan nya kedalam syurga dan mberikan nya hak syafaat utk 10 anggota kluarga nya dmana mreka semuanya telah dtetapkan utk masuk neraka..." SUBHANALLAH ♥

9)●MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN●
Dr abu hurairah r.a ,nabi saw bsabda:
"...0rg2 yg hafal al QURAN nanti pd hari kiamat nanti akan datang dan al QURAN kan bkata,"wahai Tuhan pakaikanlah dia dgn pakaian yg baik lg baru.maka 0rg tsebut dberikan mahk0ta keh0rmatan.al QURAN bkatalagi:wahai TUhan tambahkan pakaiannya..maka 0rg itu dberi pakaian keh0rmatannya.al QURAN lalu bkata lagi ,wahai TUhan ,redhailah dia.maka kpdnya dkatakan :"...BACAlah dan NAIKlah ..."dan utk stiap ayat,ia dberi tambahan satu kebajikan..."

10)●BEKALAN PALING BAIK●
DR jabir bin nufair ,nabi saw bsabda:
"...Sesungguhnya kamu tdak akan kembali mhadap ALLAH swt dgn mbawa sesuatu yg paling baik drpd sesuatu yg berasal drpdNYA iaitu al QURAN..."

11)●MPER0LEHI PAHALA KHUSUS●
DARI buraidah al aslami r,a ,nabi saw bsabda:
"...Pada hari kiamat nanti,al QURAN akan menemui penghafalnya ktika penghafal itu kluar dari kuburnya.al QURAn akan bWUJUD sese0rg dan ia btanya kpd penghafalnya:adakah anda mgenalku?
Penghafal td mjawab:saya tdak mgenal kamu!
Al QURAN bkata:saya adalah KAWAN mu,Al QURAN yg mbuat mu kehausan dtengah hari yg panas dan mbuat mu tdak tdur pada malam hari.sesungguhnya stiap pedagang akan mdapat keUNTUNgan dbelakang dagangannya dan kamu pada hari inidbelakang semua dagangan..."

Maka phafal al QURAn td dberi kekuasaan d tangannya dpasang mahk0ta perkasa.sedang kdua 0rg tuanya dberi dua pakaian baru lagi bagus yg harganya tdak dapat dbayar 0leh penghuni dunia keseluruhannya.kdua 0rg tua itu lalu btanya:
Kenapa kami dberi dgn pakaian begini??kmudian d jawab ,kerna anakmu HAFAL AL QURAN.kmudian kpd pHAFAL AL QURAN tadi dperintahkan,
BACALAH dan NAIKLAH ketingkat2 syurga dan kamar2nya.maka. ia pun terus naik selagi ia tetap mbaca ,baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)..."
SUBHANALLAH♥

●♥●DJAMIN MASUK SYURGA●♥●
rdari sisyah r.a ,nabi saw bsabda:
"...Jumlah tingkatan2 syurga sama dgn jumlah ayat2 al QURAN.maka tingkatan syurga yg dmasuki 0leh pHAFAL AL qURAN adalah tingkatan yg paling atas,dmana tdak ada tingkatan lagi sesudah itu..."
SUBHANALLAH♥

::Carta Tahap Berdikari Anak::