TIP
BANTU ANAK BERJALAN DENGAN BETUL
Menyaksikan anak mula belajar berjalan merupakan detik yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Namun apa yang berlaku sebenarnya, anak itu sendiri yang memutuskan bila dia bersedia untuk membuka langkah pertama. Paling penting ibu bapa tidak harus membandingkan keupayaan anak mereka untuk berjalan dengan anak orang lain, sebaliknya terima saja keupayaan anak itu seadanya.
Baby walker
Alat bantuan berjalan yang mempunyai tempat duduk dan beroda ini bukan alat terbaik untuk membantu anak berjalan lebih awal. Malah ia sebenarnya boleh menyekat perkembangan semula jadi anak untuk berjalan. Bayi yang menggunakan walker cenderung bergantung kepada alat tersebut untuk bergerak dan menyeimbangkan badan. Keadaan ini menyebabkan otot yang diperlukan untuk berjalan tidak berkembang seperti sepatutnya.
Gunakan baby walker dengan berwaspada memandangkan setiap tahun banyak berlaku kemalangan disebabkan alat tersebut.
Kaki ayam
Alam semula jadi sebenarnya memberi kita lapik tapak kaki terbaik untuk kita mengekalkan keseimbangan badan. Memakaikan kasut pada anak yang baru cuba berjalan juga tindakan semula jadi,
tetapi cuba biarkan anak terbiasa dengan permukaan yang berbeza-beza seperti rumput, karpet, kayu dan pasir.
Ia akan menjadi pengalaman yang menarik dan mengujakan bagi anak.
Pegang tangan
Memegang atau memimpin tangan memang dilihat cara terbaik untuk membantu anak berjalan tetapi sebenarnya menjejaskan keseimbangannya. Kalau mahu juga berbuat demikian cuba pegang badannya supaya tegak.
Interaksi
Satu dunia 'baru' akan terbuka apabila anak boleh berdiri dan dia akan melihat sekelilingnya dengan perspektif yang baru. Sokong keterujaan itu dengan menghabiskan lebih banyak masa bersamanya dan beri galakkan untuk dia berasa lebih yakin menggerakkan atau melangkahkan kakinya. Dan apabila dia jatuh, ketawa bersamanya dan galakkannya untuk mencuba lagi.
Anak anda akan cuba mencapai semua benda apabila dia boleh berjalan. Waktu ini mungkin anda akan 'merindui' saat-saat dia hanya berbaring di katil :)