BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 13, 2012

::Halia::



Assalamualaikum.

Reha nak update mengenai halia lak, hehe. Mesti u all tertanya2 why reha nak update pasal halia nie, coz halia nie banyak khasiatnya. Walaupun rasanya agak x sedap kan, tapi yang x sedap tu la yang berkhasiat tau. Reha pun x suka gak but if nak masak kita mesti guna halia gak kan untuk menyedapkan lagi masakan kita. So reha nak story psl asal usul halia..


Asal Usul Halia

Halia sudah lama digunakan dalam masakan kita lagi2 untuk orang asia cm kita ni hah kan. Nama scientific bagi halia ni ialah 'Zingiber Officinale Ross' punya la panjang nama halia nie, tp nama melayu pendek tol, halia je. hehe. Selain tu gak, halia juga dikenali dgn nama ginger (Inggeris), jahe (Indonesia), khing (Thailand), mioga (Jepun), adruk (India), jingibre (Sepanyol), ingwer (Jerman), gingembr'e (Perancis) dan zenzero (Itali). Banyak tol nama2 gelaran bg halia nie kan. Halia nie bkn sahaja terkenal di timur je, malah di barat pun terkenal gak tau, Di Malaysia, halia ni telah ditanam secara komersial di Sabah, Sarawak, Pahang, Selangor dan Johor. Halia juga diproses menjadi minyak dan hasil ekstrak oloeresin. Minyak daripada halia ni boleh dijdikan bahan perasa minuman, kosmetik dan ubat-ubatan. Fuh banyak gak ya bahan2 yang boleh dijadikn daripada halia nie.

Halia tergolong dalam keluarga 'Zingiberaceae', adalah rizom yg mempunyai daun jenis panjang dan meruncing. Dalam dunia perubatan masyarakat cina, halia telah digunakan sejak berkurun2 lamanya. Ia juga menjadi rempah ratus paling awal ditemui di Eropah Barat. Bahan utama yang terkandung dalam halia ialah gingerols, zingibain, bisabolenel, oleoresin, kanji, minyak asasi, musilaj dan protein.

Mampu Turunkan Paras Kolestrol

Kajian awal menunjukkan bahawa halia nie mampu merendahkan paras kolestrol di dalam darah dan mencegah daripada berlakunya pembekuan darah. Mampu melindungi saluran darah daripada menghalang dan memusnahkan kesan penghalang, misalnya aterosklerosis iaitu di mana ia mampu menyebabkan angin ahmar dan serangan jantung. Kajian juga menunjukkan halia mempunyai bahan aktif melawan kanser.

Maklumat Tambahan Mengenai Halia

Halia tidak mempunyai sebarang kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekalipun. Kapsul halia perlu diambil bersama segelas air. Halia juga boleh diambil sehari selepas seseorang menjalani pembedahan untuk mengurangkan rasa loya. Pengambilan halia juga mampu mengurangkan kerengsaan perut bg mereka yang menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi.


Mengubati Selsema dan Asma

Untuk yang ada selsema dan asma, pengamal perubatan traditional mencadangkan supaya mengunyah halia segar atau minum teh halia atau perahan jus akar halia bersama satu camca madu.

Mengurangkan Sakit Sendi, Sakit Otot dan Kolestrol

Untuk otot yg sakit, minyak halia dicampurkan dgn minyak neutral lain dan digosok ke bahagian tersebut.

Mengubat Batuk

Dengan menghisap hirisan halia, dapat melegakan batuk dan gatal2 tekak. Lebih mujarab jika air halia dicampurkan dengan sedikit madu.

Menghilangkan Bau Mulut

Halia memang berkesan menghilangkan bau mulut. Hiris halia dan rebus sehingga mendidih. Biarkan sejuk seketika dan minum. Atau tumbuk halia hingga lumat dan kemudian tapis. Campur dengan air yang sudah dimasak. Amalkan minum halia tersebut waktu pagi dan petang.

0 comments: