Assalamualaikum..
Apa khabar sume? Sihat x? Reha sihat alhamdulillah n makin sihat..hehehe...Alhamdulillah masok arini dah 10 hari kite berpuasa...syukur sgt2 kerana reha diberi peluang utk berpuasa di bulan Ramadhan bulan yg sgt mulia disisi Allah. Bulan Ramadhan ini lah peluang kite utk melakukan ibadah n menambahkan pahala utk bekalan di akhirat kelak. Insyaallah segala amalan dan ibadah kita akn diterima oleh Allah.
Banyak kebaikan dan fadhilat di bulan yg mulia ini. Antaranya ialah :
- Pintu langit dibuka
- Pintu-pintu Syurga dibuka
- Bulan yg penuh dengan keberkatan
- Salah satu malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan.
- Ganjaran amalan sunat sama dengan solat fardhu
- Solat fardhu mendapat ganjaran 70 kali ganda
- Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga
- Bulan menambah rezeki
- Bulan keampunan : doa yang paling makbul iaitu doa ketika sebelum berbuka puasa dan doa pada sepertiga malam
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan dari api neraka.
Insyaallah dgn amalan yg kita buat, akan mendapat ganjaran pahala dan syurga. Semoga bulan Ramadhan ini dimurahkan rezeki kita sume dan mendapat keberkatan. Amin.
0 comments:
Post a Comment