(Warkah dari hati ke hati. Kita bnama insan.. Moga saling
memahami erti sebenar pengorbanan jiwa dalam perkahwinan)
Pernikahan dan Perkahwinan..
Menyingkap takbir rahsia...WANITA..isteri yg kamu nikahi..
Tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah..pun tidak setabah Fatimah..apalagi secantik Zulaikha..
Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman, yg punya cita-cita mjadi solehah..
Pernikahan dan Perkahwinan..
Mengajar kita punyai tanggungjawab bersama..
Isteri menjadi tanah..kamu langit penaungnya..
Isteri ladang tanaman..kamu pemagarnya..
Isteri kiasan ternakan..kamu gembalanya..
Isteri adalah murid..kamu gurunya..
Isteri bagaikan anak kecil dan kamu tempat bermanjanya..
Bila wajah kehidupan bertukar paksi..
Saat isteri menjadi madu..kamulah penawar bisanya..
Seandainya isteri tulang yg bengkok, berhati-hatilah mluruskannya...
Pernikahan dan Perkahwinan..
Membawa sejuta rahmat. Menginsafkan kita perlunya IMAN dan TAQWA, untuk belajar meniti sabar dari redha ALLAH SWT kerana memiliki isteri yg tidak sehebat mana..
Justeru, kamu bernama lelaki akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah pun bukan pula Saidina Ali. Tapi kamu cuma suami akhir zaman yg berusaha menjadi soleh. Amin...
0 comments:
Post a Comment