BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 8, 2012

::Doa Mencari Barang Hilang::



Doa Mencari Barang Hilang..


Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’. Doa itu adalah:

“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”

Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

Amalkan doa ini selepas solat atau bila-bila masa. Saya sendiri mempunyai pengalaman yang ajaib apabila mengamalkan doa ini. Setakat ini, setiap barang saya yang hilang semuanya telah dijumpai setelah membaca doa ini. Itupun dengan izin Allah dan ikhtiar kita dengan membaca doa yang telah menjadi amalan para awliya’ ini! Alhamdulillah!!!

Silalah amalkan! Insya Allah barang anda yang hilang akan dijumpai!!

13 comments:

Anonymous said...

nice.tq

OAG said...

nice! tq. jazakallah

OAG said...

nice! jazakalllah

OAG said...

nice! jazakallah

Anonymous said...

thanx a million. may ALLAH Bless u :)

Anonymous said...

terima kasih sudi kongsikan doa ini.
tadi kawan saya baca alhamdulillah jumpa barang yang hilang :)

misz reha said...

Alhamdulillah..=)

Anonymous said...

salam,
adakah doa ini boleh digunakan bagi barang yg kena curi? :)
telefom bimbit saya kena curi semalam :(
ingin sekali menyeru agar si pencuri itu pulangkan kembali.....
Thanks.....

Anonymous said...

Gelang tangan baby saya hilang.. Berkali baca ayat ni.. Kwn2 tlg lah doakan supaya masih ada rezeki anak saya tu.

-mommybee-

Anonymous said...

alhamdulillah, kawan saya sedeh sgt2 sbb hilang barang, saya bg dia baca doa tu... alhamdulillah terus jumpa

Anonymous said...

alhamdulillah, kawan saya sedeh sgt2 sbb hilang barang, saya bg dia baca doa tu... alhamdulillah terus jumpa

isma ismail said...

Salam... kucing kesayangan saya hilang dah masuk hari ke 7... saya sgt risau.. harap doa ini dpt membantu.. Amin..

misz reha said...

Alhamdulillah. Kita mencuba saja yang lain semua hanya pada Allah. Allah Lebih Mengetahui.