BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 12, 2012

::Spesifikasi Calon Suami Yang Bolehlah Dibuat Suami::


[Spesifikasi calon suami yg bolehlah dibuat suami]

- solat fardhu cukup 5 waktu

- ada keje gaji rm800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beri beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje.

- ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari bangsar ke KLIA.

- lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul. apatah lagi mandi2 yg lain.

- boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat alif ba ta sampai surah "Iqra' bismirabbikallazi khalaq."

- jenis lurus, baik, tak menipu. tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.

- dia paham kamu, kamu paham dia. paham jiwo gitu.

- jenis tak cemburu buta sgt. cemburu macam ni ok, "ehemm..ramainya kawan laki kat opis..terlupakan abg letewww.."

- malas jugak ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya maghrib dan isyak.

- tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok youtube ustaz azhar idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.

- boleh susah senang bersama. kalo bini nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan.

- jenis senyum sokmo.

- tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.

- sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."

0 comments: