BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 27, 2011

::Nafsu::



Nafsu lelaki yang satu itu besar pengaruhnya dalam kehidupan mereka. Boleh dikatakan segala aspek persekitaran mereka berkisarkan nafsu yang satu itu, baik dari segi percakapan, penglihatan dan sebahagian besar hidup mereka sukar untuk mengelak dari perkara sebegitu. Ditambah pula kecanggihan teknologi kini, klik sahaja dah dapat macam-macam, yang menjadi pagar hanyalah sejauh mana keimanan. 9 akal dan 1 nafsu nampak macam hebat bukan? Tapi harus diingat, ia akan jadi hina dan kotor bila 9 akal itu tak mampu mengawal 1 nafsu.

Bagaimana pula dengan perempuan yang dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal? Ya, 9 nafsu, tetapi nafsu ini bercabang dan pelbagai. Nafsu perempuan sukakan yang cantik, indah, dan bukan tertumpu ke arah nafsu syahwat sahaja. Dengan nafsu ini juga perempuan suka kelihatan cantik, dilihat cantik dan berusaha bermacam cara untuk kelihatan cantik. Amat menyedihkan bila ada dikalangan perempuan yang suka dan bangga menayangkan kecantikan mereka pada bukan muhrim. Tanpa rasa bersalah berpakaian ketat dan menjolok mata. Di mata wanita, cantik pada pakaian, solekan, aksesori di tubuh. Tapi di mata lelaki, bukan itu fokus mereka. Percayalah, lelaki suka melihat aset perempuan yang disebalik lapisan luar bukan hiasan di kulit tubuh sahaja.


(Rujukan dari page facebook Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah)

0 comments: