BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 8, 2011

::Hati-hati Belanja Secara Online::





Assalamualaikum..


Zaman skrg nie semuanya mudah untuk diperoleh dengan sekali tekan di depan komputer..Kita x yah nak susah2 nak g shopping kt luar dan ke kedai untuk membeli barang. Just on9 untuk membuat pembelian tanpa mengeluarkan tenaga sekalipun. But bila kita nak membeli brg2 secara on9, kita kena la berhati2 dan risiko nya adalah besar. Before kita nak beli brg2 secara on9, kita kena lah kaji terlebih dahulu supaya kita tidak di tipu..coz reha pun pernah kena sekali dalam pembelian baju secara on9..sampai skrg baju tu reha x pakai dan reha bagi kt cousin reha. Ini adalah tips2 untuk belanja secara on9:

1) Periksa Status Laman Web
Terdapat pelbagai laman web serta blog2 dalam pembelian secara on9. Terlalu mudah untuk mencari pelbagai perniagaan secara on9 melalu internet. Firstly kita kena melihat jumlah ahli yang menyukai dan mengikuti laman web atau blog2 tersebut. Jika ramai, insyaallah memang ia boleh dipercayai..

2) Perbandingan Harga
Jangan terlalu terburu2 memnbuat pembelian secara on9. Walaupun barang yang dipaparkan itu cantik dan murah, tetapi ia hanya ilusi sahaja. Oleh itu, lihat dahulu jualan on9 yang lain untuk membuat perbandingan harga. Kadang2 kualiti barang adalah sama tetapi harganya sangat berbeza. Perbandingan harga ini sangat la penting supaya kita tidak akan menyesal bila kita telah membeli barang tersebut.

3) Maklum Balas Pelanggan
Majoriti penjual on9 mementingkan segala maklum balas daripada pelanggannya bagi membuktikan perniagaannya boleh dipercayai. Perhatikan segala komen yang diberikan dan kita boleh menilai sendiri sejauh mana mutu perkhidmatan yang diberikan. Bagi jurujual yang jujur dan bertanggungjawab, jika berlaku  sebarang kerosakan pada barang akan diganti balik dengan baru atau duit akan dikembalikan semula.

4) Komunikasi Dengan Jurujual
Penjual on9 yang baik akan menyediakan maklumat yang betul mengenai dirinya. Selalunya ia akan dipaparkan untuk kemudahan pembeli. Hubungi penjual tersebut dan bertanya apa2 jua perkara yang kita inginkan. Jika ada alamat kedai, kita boleh pergi sendiri menjengah ke sana supaya lebih puas hati.

5) Cara Pembayaran
Membeli secara on9 biasanya menggunakan kad kredit kerana ia lebih mudah. Ada juga menggunakan akaun bank untuk membuat pembayaran. Untuk pembayaran secara kad kredit, aktifkan terlebih dahulu antivirus atau firewall pada komputer anda supaya dapat menyekat sebarang unsur jahat yang tidak diingini. Untuk pembayaran secara akaun, pastikan no akaun jurujual adalah betul.

0 comments: