Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan Perjuangan,
Perjuangan memerlukan Ketabahan,
Ketabahan memerlukan Keyakinan,
... Keyakinan pula menentukan Kejayaan,
Dan Kejayaan akan menentukan Kebahagiaan...
Makin kita mendekatiNYA,
Makin kita diuji,
...
Makin kita banyak berdoa,
Semakin banyak ujian menimpa,
kerana segala yang dipinta tak datang dengan segera,
tapi ia akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yg diberiNYA,
kerana ALLAH tidak memberi apa yang kita mahu
tapi DIA memberi apa yang kita perlu.
Saturday, December 31, 2011
::Kata-Kata Hikmah::
Posted by misz reha at 7:22 AM 0 comments
::2012::
Assalamualaikum.
Selamat petang semua. Hari ini 31 december 2011, hari terakhir bagi tahun 2011 dan esoknya akan datang 2012. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana sehingga hari ini reha masih lagi bernafas dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Seperti tahun2 sebelum nie, setiap tahun ada azam yang baru untuk kita memperbaiki diri kita sendiri. Macam reha, emm azam tahun 2011 still belun tertunai lagi, and azam 2011 akan diteruskan pada tahun 2012. Dan ada pertambahan azam 2012 ni, azam 2012 adalah mahu diijabkabulkan @ berkahwin dalam tahun 2012. Itu matlamat dan azam reha yang sangat penting. Selain dari ini, cuma reha je yang tahu yang masih belum dilaksanakan. Segala persiapan still dalam process untuk menyediakan segala urusan, segala yang berkaitan dengan perkahwinan. Semoga segala urusan dapat dipermudahkan, amin. Segala kenangan tahun 2011 akan dapat diingati dan menjadi kerinduan untuk diri kita. Kenangan2 manis akan sentiasa diingati, kenangan pahit akan sentiasa dijadikan sbg satu pengalaman dan tauladan untuk diri kita. Dan untuk yang orang yang entah x tau punca mencari gaduh dengan reha, hopefully please la ubah perangai itu sebelum terlambat kerana perangai itu akan makan diri org itu balik.Dan juga peringatan untuk diri sendiri. Coz reha x akan layan dan biar la nak cakap apa2 pun, Allah always with us.
Posted by misz reha at 1:15 AM 0 comments
Friday, December 30, 2011
::Maharaja Lawak Mega::
Assalamualaikum..
Hai2, apa khabar semua? Hope u all sihat2 ye, hehehe..Alhamdulillah Reha sihat..Actually reha belum tidur lagi nie, nak rehat2 jap coz penat bersorak kat Stadium Melawati Shah Alam. Akhirnya reha dapat gak tgk Maharaja Lawak Mega Final lg tue secara live..hehehe..penat2 tau reha n maklong beratur pagi2. Nasib baik la dapat tiket. Reha n maklong masing2 dapat 2 tiket, so ada 4 tiket. Yang g malam tadi reha, mak, maklong and member, awein. Tapi nasib baik de seorang makcik ni bagi tiket lebih kat mak reha, tu yang call cousin suruh dtg, rugi kan..hehe. Then kitorg g awal petang semalam pukul 7 baru sampai coz jem teruk kat klang tadi. Then dapat la ke depan bila sampai stadium untuk beratur coz de member2 reha gak yg g. Hehehe amat bertuah. Tapi tu la tunggu sangat lama nak masuk tadi pasal management astro x buka rantai ka pintu, tah mana tah baru dapat kunci, punya lah lambat. Awal2 lagi x nak buka, tapi xpe la coz at last dapat masuk kan. Best gak, seronok, having fun. Kitorg tgk kat atas so dapat tgk keseluruhan. Agak teruja la juga dengan sahutan dan jeritan para peminat maharaja lawak mega. Seronok sangat2 dan lepas tension dengan menjerit tadi. Hampir2 sakit tekak gak la kan, hehehe..Then juri jemputan aaron aziz, ooo hensemnya aaron aziz..ni penangan ombak rindu la nie..Bila finalis2 maharaja lawak buat persembahan, paling reha suka osbon n boboi. Best sangat diorg buat persembahan. So any kumpulan antara osbon n boboi, mana2 menang pun reha sokong..hehehe..Akhirnya Osbon menang, congratulation osbon, and memang osbon sangat bertuah.
Posted by misz reha at 10:52 AM 0 comments
Thursday, December 29, 2011
::Lagu Tentang Dhia::
Sejak bertemu kau dan aku
Menusuk jantung ku, mula jiwaku
Merelakanku menjadi milikmu
Itu yang ku mahu,itu yang ku mahu cintamu
Sinar mentari pasti
Menyinar hati yang sunyi
Biarlah aku bermimpi
Kerna dibuai sepi
Dhia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Cuba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai
Posted by misz reha at 5:51 AM 0 comments
::Sempurna::
Suami yang menikahimu tidaklah sesempurna Rasulullah, tidaklah setabah Ayyub,tidak segagah Musa, bahkan juga bukan setampan Yusuf. Suamimu hanya seorang lelaki akhir zaman yang bercita-cita mendidik diri dan keluarganya menjadi ahli syurga.
Jadi bersyukurlah dengan pasanganmu kerana dia adalah anugerah Allah yang hanya pinjaman untukmu, hargailah dirinya sebelum Allah mengambil semula dia daripadamu..
Posted by misz reha at 5:35 AM 0 comments
::10 Surah Dapat Menghalang 10 Ujian Besar Allah SWT::
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Posted by misz reha at 12:04 AM 0 comments
Wednesday, December 28, 2011
::Kehidupan::
Kadang-kadang…. hidup ini terlalu indah untuk ditafsirkan….
terlalu sukar untuk di gambarkan…
indahnya seindah Penciptanya yang Agung..
Subhanallah….
... Kadang-kadang…. hidup ini terlalu getir…
terlalu pahit untuk dikongsikan…
terlalu membuatkan diri seorang kehibaan…
terlalu pilu dan menyayat hati
Adakalanya….
dia mampu tersenyum dalam kehambaran..
adakalanya
dia mampu berdiri walau dipukul ombak kedukaan
Namun….
dia hanya insan biasa…
tak lari dari fitrahnya sebagai seorang insan…
Di kala itu…
dia mula goyah…
tidak lagi mampu melangkah mahupun berdiri..
dia sudah hampir mahu mengalah..
namun Allah itu Maha Pengasih lagi Mengasihani….
Di saat dirinya hampir tersungkur…
dia terpana…
terkesima dan terus tersedar
tersedar dari segala fantasi..
ia mula YAKIN…
YAKIN bahawa YANG AGUNG itu HAKIKI…
Dia gigihkan usaha melangkah setapak demi setapak…
berusaha untuk mengejar sesuatu ,
Sesuatu yang mampu membawa dirinya kepada CINTA yang HAK
kepada CINTA YA RABB YANG HAKIKI….
Posted by misz reha at 4:34 AM 0 comments
Tuesday, December 27, 2011
::Nafsu::
Nafsu lelaki yang satu itu besar pengaruhnya dalam kehidupan mereka. Boleh dikatakan segala aspek persekitaran mereka berkisarkan nafsu yang satu itu, baik dari segi percakapan, penglihatan dan sebahagian besar hidup mereka sukar untuk mengelak dari perkara sebegitu. Ditambah pula kecanggihan teknologi kini, klik sahaja dah dapat macam-macam, yang menjadi pagar hanyalah sejauh mana keimanan. 9 akal dan 1 nafsu nampak macam hebat bukan? Tapi harus diingat, ia akan jadi hina dan kotor bila 9 akal itu tak mampu mengawal 1 nafsu.
Bagaimana pula dengan perempuan yang dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal? Ya, 9 nafsu, tetapi nafsu ini bercabang dan pelbagai. Nafsu perempuan sukakan yang cantik, indah, dan bukan tertumpu ke arah nafsu syahwat sahaja. Dengan nafsu ini juga perempuan suka kelihatan cantik, dilihat cantik dan berusaha bermacam cara untuk kelihatan cantik. Amat menyedihkan bila ada dikalangan perempuan yang suka dan bangga menayangkan kecantikan mereka pada bukan muhrim. Tanpa rasa bersalah berpakaian ketat dan menjolok mata. Di mata wanita, cantik pada pakaian, solekan, aksesori di tubuh. Tapi di mata lelaki, bukan itu fokus mereka. Percayalah, lelaki suka melihat aset perempuan yang disebalik lapisan luar bukan hiasan di kulit tubuh sahaja.
(Rujukan dari page facebook Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah)
Posted by misz reha at 8:06 AM 0 comments
Monday, December 26, 2011
::ICT Shah Alam::
Hai2, Apa khabar semua? hehe..Reha sihat alhamdulillah..Semoga semuanya sihat2 dan diberkati. Amin. Emm, reha nak story sikit pasal reha and family ke ict shah alam. Actually ict ni dah selalu sgt pergi, so bila g je, dah mcm biasa2 je kan. We all pergi hari ahad malam isnin, 25hb december 2011 fuh ramai sangat sampai jem teruk. Of coz la ramai kan, holiday n bwk family dtg ke ict. Nak parking pun alahai tapi nasib baik de kosong lagi. Reha with my mother n maklong, and another cousin family. Kitorg just lepak2 je, yg cousin lak masok snow. Reha x masuk pun sbb ramai bebenor, nanti la de rezeki tunggu encik tunang dtg ajak masok snow. Hehehe...
Selebihnya sila lah ke facebook reha ye..hehehe..=)
Posted by misz reha at 10:52 PM 0 comments
Sunday, December 25, 2011
::Wanita::
Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.
5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap titisan susu ganjarannya satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.
Posted by misz reha at 11:02 PM 0 comments
Saturday, December 24, 2011
::Ciri-Ciri Ta'aruf Islam Yang Sebenar Dalam Mencipta Rumah Tangga::
Bagaimanakah ciri – ciri ta’aruf Islami yang sebenar dalam mencipta rumah tangga:
1.Melakukan Istikharoh dengan sekhusyuk-khusyuknya
Setelah anda mendapatkan data dan foto, lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya, agar Allah SWT memberikan jawapan yang terbaik. Dalam melakukan istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diberikan kepada kita. Tapi ikhlaskanlah semua keputusannya pada Allah SWT. Luruskan niat kita, bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warohmah. Seseorang biasanya akan mendapat sesuatu sesuai dengan apa yang diniatkannya.
2.Menentukan Jadual Pertemuan (ta’aruf Islami)
Setelah data peribadi didapatkan maka perlu adanya sebuah pertemuan yang diatur oleh murabbi masing2 pihak
3.Gali pertanyaan sedalam-dalamnya
Setelah bertemu, hendaklah didampingi murabbi masing – masing , lalu saling bertanya sedalam-dalamnya, dari maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang diderita, visi dan misi tentang rumah tangga. Biasanya pada tahap ini, baik perempuan mahupun lelaki agak malu-malu dan gementar, maklumlah tidak mengenal sebelumnya. Tetapi dengan berjalannya waktu, semua akan menjadi cair. Peranan pembimbing juga sangat diperlukan untuk mencairkan suasana. Jadi, suasana tidak akan menjadi kaku dan terlalu serius. Diperlukan suasana humor, santai namun tetap serius.
Pihak lelaki mahupun perempuan harus bertanya sedalam-dalamnya, jangan disembunyikan. Pada tahap ini, biasanya pertanyaan-pertanyaan pun akan mengalir.
.
4.Menentukan waktu ta’aruf dengan keluarga Perempuan
Setelah melakukan ta’aruf dan menggali pertanyaan-pertanyaan sedalam-dalamnya, dan pihak lelaki merasakan adanya keserasian visi dan misi dengan calon perempuan, maka pihak lelaki pun harus segera untuk melakukan ta’aruf ke rumah pihak perempuan, untuk berkenalan dengan keluarganya.. Namun ingat, pihak lelaki jangan datang seorang diri, untuk menghindarkan fitnah dan untuk membezakan dengan orang yang bercouple.
5.Keluarga pihak lelaki mengundang silaturahim pihak perempuan ke rumahnya
Dalam hal berkahwin tanpa bercouple, adalah wajar jika orang tua pihak lelaki ingin mengenal calon menantunya (akhwat). Sebaiknya ketika datang ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga tidak bersendirian, untuk menghindari terjadinya fitnah.
6.Menentukan Waktu Khitbah
Setelah terjadinya hubungan silaturahim dikedua belah pihak, dan sudah ada keserasian visi dan misi dari pihak lelaki dan perempuan, juga dengan keluarganya, maka janganlah tunggu lama-lama. Segeralah menentukan waktu untuk mengkhitbah akhwat (memimang/melamar pihak perempuan). Jarak waktu antara ta’aruf dengan khitbah, sebaiknya tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan fitnah.
7.Tentukan waktu dan tempat pernikahan
Pada prinsipnya semua hari dan bulan dalam Islam adalah baik. Jadi hindarkanlah mencari tanggal dan bulan baik, kerana takut jatuh ke arah syirik. Lakukan pernikahan sesuai yang dicontohkan Rasulullah SAW, iaitu sederhana, mengundang anak yatim, memisahkan antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin wanita tidak bertabarruj (berdandan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan.
Posted by misz reha at 10:30 PM 0 comments
::Aku Tidak Meminta Seseorang Yang Sempurna::
Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…
Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…
Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…
Posted by misz reha at 10:58 AM 0 comments
::Tersentap::
Assalamualaikum.
Good morning to all blogger and friends..ceh tiba2 je nak speaking..hehehe..sekarang nie dah pukul 2.21 pagi. Reha still x tido lg nie, so boring2 nak taip la kt blog reha nie. Emm, actually reha agak tersentap bila someone x appreciate apa yg reha buat, ye la kan bila kita dah susah payah untuk buat yang terbaek kat org tue, tiba2 je dia leh komen x best lak..mula2 mmg x terasa tau, tapi entah cmne tiba2 je arini leh lak reha tersentap. Bila pk2 balik kan, reha rasa menyesal lak coz tolong org tue. Then after this dia still gak kan nak minta tolong kat reha. But i don't think so to help her again. So phm2 la her to merujuk pada sape kan..Sape x pandai english tu adeh korg kne study balik la..hehe..gurau je. Walaupun my lil thing tu murah, but banyak berjasa kat reha tau. So kau x payah la nak complain2 kan, kira bagus la aku ada kt situ, semata2 nak tolong kau. Hah kan dah keluar ayat mcm nie. Lom lg keluar ayat yg x best kan. Walaupun my good friend kata reha, u kena sabar dear, but sampai bila. Dengan perangai kau yang mcm hampeh, mcm bagus sgt pdhal x la bgs mana pun kan. Aku respect kau tapi kalau kau x respect aku, for what aku nak respect kau lagi kan. Aish dah keluar word aku dah kt sini. Kesabaran reha dah x leh nak sabar lagi, even skrg ni sabar tu dah nipis but reha masih pk secara rasional lg tau. Actualy bukan seorang je buat reha tersentap, de la 2, 3 org lagi kan, pun merujuk pada her gak. Reha ni terlalu baik kot agaknya sbb tu korg buat reha cmni kan..huh, xpe la..janji korg2 yang berkenaan jangan kacau aku lg dah. Coz i know org2 yg berkenaan tu punya perangai. Ni dah kes meletup2 dah nie, aish sabar je la ye cik reha oii..apa2 pun bak kata encik tunang, sabar syg, biar org wt kita jangan kita wt org. Ada balasannya nanti. Yes i agree with u abg ku syg...hopefully org2 berkenaan itu sedar..n please la change your behaviour k..huhu..emm reha pun dah ok dah nie, still sabar, but still terasa n ingat...huhu..so korg rasa reha mrh cm photo kt atas tu x?? hehehe..reha kalau dah mrh, bkn cmtu dak kecik atas tu, lg teruk kot..huhu..ape2 pun cute photo atas tue..=)
Posted by misz reha at 10:40 AM 0 comments
::Surah Al-Fatihah::
1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
* Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.
2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:
* Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
* Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.
3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
* Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.
4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
* Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
* Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.
5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.
6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)
* Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
* Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian
“langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.
(Rujukan dari Page Facebook Lelaki Soleh Untuk Perempuan Yang Solehah)
Posted by misz reha at 2:50 AM 2 comments
Friday, December 23, 2011
::Berdua Bersatu::
Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Posted by misz reha at 8:55 AM 0 comments
Thursday, December 22, 2011
::Someday::
'Some day you’ll cry for me,
Like I cried for you...
Some day you’ll miss me,
Like I miss you...
Some day you’ll need me,
Like I needed you...
Some day you’ll Love me…
Like i love u always…''
Posted by misz reha at 9:00 AM 0 comments
Wednesday, December 21, 2011
::Warna-warni Nota Wang Kertas Malaysia::
Assalamualaikum
Ni la nota wang kertas malaysia yang terbaru dan colorful..hehehe..macam2 color de, pilih2..so tgk colorful ni cm sayang je kan nak guna..tp pe2 pun yg purple tu yg best...tp dr jauh dah nmpak kuning, meriah tol kan. So guna la wang dengan arah yang baik dan pd sesiapa yg suka buat collection utk wang, leh la simpan untuk peribadi korg..hehe..enjoy..
Posted by misz reha at 6:24 AM 0 comments
::Kelebihan Surah Al Qadr::
Kelebihan Surah Al-Qadr :
Rasullullah S.A.W bersabda yg bermaksud "Barangsiapa membaca Surah Al-Qadr sebanyak 100 kali, nescaya terlukis nama Allah pada hatinya dan segala permintaannya diperkenankan."
Sama-sama kita sebarkan ilmu yg bermanfaat dan jadikan ianya amalan kita agar menjadi bekalan buat kita di akhirat nnti. Aminn
Sebarkan dengan cara klik share & like. :)
Posted by misz reha at 6:19 AM 0 comments
::You and Me::
Assalamualaikum.
Selamat malam to all my blogger and friends. Baru2 ni reha de update blog reha, coz cm dah lama kan x update blog. The reason why reha x update coz reha risau blog reha ni kena attack virus. Coz aritu reha nye blog de problem, but when reha open back my blog, alhamdulillah it seems like my blog don't have anything problem. But kne berhati2 la gak kan. Huhu. Harap2 xde la problem, if ada then terpaksa la reha shut down my blog. Actually reha xde apa2 nak katakan tp bila reha tengok this picture nie, reha suka sangat coz de word you me. Reha rasa sweet sangat, so reha ambil dari salah satu page facebook. This picture remind me my fiancee, and really miss him a lot. Reha n fiance memang jauh, so sbb tu la we all rindu2. Jarang jumpa berbanding couple2 yang lain. But reha syukur sangat2 coz bila jauh2 ni mmg terasa betapa rindunya kat orang yang kita rindu, jauh lagi kan. Banyak dugaan, cabaran dan ujian kami sebenarnya, tapi moga2 kai dapat melaluinya dengan kesabaran. Hanya sabar je yang boleh menguranngkan tekanan kami, dengan doa yng tulus dan ikhlas dalam melakukan segala perkara. Walaupun sekarang ni reha amat stress and down sbenarnya but reha still tunjukkan happy coz x nak la org lain tau. Biasalah kan kita manusia nie sentiasa de masalah, n banyak benda2 yang best n x best tp reha akan sentiasa menghadapi dengan tenang. Semoga Allah permudahkan segala urusan reha dan tunang reha norhadrin untuk urusan perkahwinan kami. Semoga reha dan tunang reha dapat menghadapi segala dugaan dan ujian dengan tabah dan sabar. Amin.
Posted by misz reha at 3:55 AM 0 comments
Tuesday, December 20, 2011
::Mentaati Ibu Dan Bapa::
Jadilah anak yg solehBerikut antara perkara-perkara yang perlu diperhatikan:
1.Ibu bapa suka jika anak berbakti kepadanya. Sahut panggilannya, penuhi suruhannya, ringankan kerjanya, membantu tanggungan sara hidupnya, jaga dia ketika sakit, hidangkan makan, bertanya khabar dan ambil tahu kehidupannya jika tinggal berjauhan dan sebagainya.
... 2.Ibu bapa ada hati dan perasaan. Walaupun umpamanya mereka sudah nyanyuk dan lanjut usia tapi hati mereka masih boleh merasa dan terkesan dengan kata-kata serta tindak-tanduk anak.
3.Ibu bapa pantang ditegur. Umumnya ibu bapa sentiasa rasa diri mereka lebih betul dari anak sebab mereka lebih dulu makan garam. Jadi pantang kalau anak tegur ibu bapa dalam satu-satu perkara secara semberono.
4.Ibu bapa mudah terkesan dengan pandangan mata anaknya. Kalau anak pandang dengan kasih sayang, ibu bapa akan tahu. Begitu juga jika sebaliknya.
5.Ibu bapa tidak suka digula-gulakan oleh anak. Mereka sukakan pemberian dari anak tapi hati kecil mereka menolak pemberian yang bukan dari hati atau sekadar untuk ambil hati.
6.Ibu bapa tidak suka anak campuri urusan peribadi mereka. Misalnya jika ayah seorang duda dan berhasrat kahwin lagi, dia tidak akan senang jika anak tunjuk sikap membangkang atau membuat komen yang sakitkan hati.
7.Ibu bapa suka dijadikan tempat rujuk. Kalau anak tak pernah minta pandangan, tak pernah minta restu dan doa, hati mereka boleh terguris.
8.Diam ibu bapa biasanya tanda tak setuju. Ini anak perlu faham. Kalau anak meminta persetujuan ibu bapa dalam sesuatu perkara tapi mereka diam saja, maka diam itu berkemungkinan besar tanda tidak setuju.
9.Semakin lanjut usia, ibu bapa semakin sensitif. Kalau seseorang itu ada ibu atau ayah yang sudah lanjut usia, ada baiknya dia lebih berhalus untuk jaga hati mereka. Tersilap sedikit pun boleh lukakan hati dan mengundang rajuk mereka.
10.Ibu bapa umumnya suka manjakan cucu dan tidak senang jika cucunya diapa-apakan. Jadi kalau hendak marah atau rotan anak, ia tidak boleh dibuat di depan mata nenek atau datuknya untuk jaga perasaan mereka. Jadi banyak sudut yang boleh ditengok untuk menjaga hati dan perasaan ibu bapa. Bolehlah dikatakan, menjaga hati mereka bagaikan menjaga kaca yang mudah pecah.
Posted by misz reha at 4:53 AM 0 comments
::Doa Mendapat Anak yang Soleh::
Maksudnya :“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."
Posted by misz reha at 1:20 AM 0 comments
::10 Lelaki Idaman Wanita::
1. Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.
2. Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”
3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”
4. Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.
5. Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.
6. Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.
7. Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.
8. Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.
9. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.
10. Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.
Posted by misz reha at 1:17 AM 0 comments
::Hakikat Kecantikan Wanita::
Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki.
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya.
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal 5 lapisan.
... Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki.
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute'.
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat.
Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:
Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki.
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya.
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal.
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram.
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja.
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang'.
QRM : KECANTIKAN WANITA tidak bererti seandainya TIADA IMAN, TAQWA dan ILMU padanya.
Tariklah PERHATIAN ALLAH s.w.t., BUKAN MENARIK PERHATIAN LELAKI yang TIDAK HALAL bagi kamu!
Posted by misz reha at 1:12 AM 0 comments
::Ciri-Ciri Seorang Isteri::
1) Sedia mendengar
Seorang isteri sebenarnya mahukan suami yang sedia mendengar cerita dan keluhannya.
2 )Sentiasa menambah ilmu rumahtangga
Bukankah suami itu pemimpin bagi isterinya? Sebagai seorang pemimpin, suami wajib memberi bimbingan dan memberi pendidikan kepada isteri dan seluruh ahli keluarganya agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan.
3) Menghargai
Mulakan dengan perkara kecil seperti ucapan terima kasih semasa isteri menyediakan kopi di waktu petang hari atau memuji masakan isteri yang sememangnya sedap.
4)Tidak sentiasa menyalahkan
Sewaktu ternyata isteri tersilap, suami sebaiknya janganlah terus merungut, marah-marah dan terus menyalahkan hingga mencalarkan emosi pasangan. Daripada menarik muka masam, ada baiknya minta penjelasan daripada isteri tentang mengapa ia berlaku sambil memberikan nasihat. Jangan lupa tetap memberikan senyuman.
5) Mampu menahan marah
Orang yang mampu menahan marah itu adalah orang yang kuat. Sekiranya suami bersikap panas baran, ia hanya akan menyemarakkan sikap bermusuhan dan rasa tidak puas hati di pihak isteri.
6)Sayang diri sendiri
Sayangi diri dengan menjaga kesihatan, pemakanan, meluangkan masa untuk bersenam, mendapat tidur yang cukup serta tidak merokok.
7)Boleh menerima pendapat isteri
Walaupun suami berperanan sebagai ketua keluarga, namun itu bukan bererti suami boleh bertindak sewenang-wenangnya atau membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan atau pendapat isteri.
8)Pulang dengan senyuman
Tekanan di tempat kerja selalunya membuatkan suami stres. Begitu juga jika seharian melakukan kerja yang meletihkan di tempat kerja. Tetapi tidak perlulah perasaan itu dibawa kembali ke rumah. Tinggalkan masalah pejabat di pejabat sahaja.
9)Romantis
Memang agak sukar mengharapkan suami meluah dan menunjukkan rasa sayang serta cinta pada isteri setiap hari, tapi sekurang-kurangnya suami mempamerkannya pada hari-hari istimewa sang isteri
10)Membantu urusan rumahtangga dan anak
Walaupun sekadar menyidai kain di ampaian, bantuan seperti itu sebenarnya amat dihargai isteri. Ingat, isteri bukan hamba suaminya.
11)Tidak cerewet
Menurut satu kajian, suami yang baik adalah seorang yang mudah, ringkas dan tidak cerewet terutama sekali dalam bab makan minum dan sebagainya. Sifat-sifat demikian akan memmudahkan isteri untuk melaksanakan tanggugjawabnya sebagai seorang isteri.
Posted by misz reha at 1:10 AM 0 comments
::Haram Berzina::
Seseorang telah jumpa Nabi Muhammad SAW dan mintak izin untuk berzina, sahabat lain ingin membunuhnya dek lantaran kekurang ajarnya kepada baginda lalu nasihat baginda lebih kurang maksud:
Sukakah kamu jika orang berzina dengan ibumu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan adikmu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan isterimu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan anakmu?
Sahabat itu menyatakan tidak suka sama sekali..
Lalu Nabi bersabda(lebih kurang maksud):
Begitu jugaklah orang yang kamu nak zina itu, dia adalah seorang anak, seorang ibu, seorang adik, seorang isteri (lebih kurang maksud-tak sama macam Nabi sabdakan, tapi maksud sama)
Lalu Nabi SAW letakkan tangannya yang mulia di dada lalu berdoa untuk hamba Allah tersebut..
Sahabat ini terharu, ketika perasaan untuk berzina memuncak dalam dirinya lalu dengan iman yang masih ada telah pergi minta izin dengan rasulullah untuk berzina, sahabat yang lain ingin membunuhnya, tapi baginda SAW telah menasihati dengan hikmah dan berdoa untuknya.., sehingga berkata sahabat ini:
“sejak hari itu, tiada yang lebih aku benci daripada zina”
Artikel Penuh berkaitan isu ini akan difikirkan untuk dikongsikan sebagai pendidikan kesedaran remaja dan belia seluruh umat islam, insyaAllah
Posted by misz reha at 1:03 AM 0 comments
Monday, December 12, 2011
::Lelaki Cantik dan Perempuan Gagah::
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani
Lelaki yang cantik adalah :-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman
Perempuan yang gagah adalah :-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Posted by misz reha at 5:32 AM 0 comments
::What happen to my blog...sigh..::
Assalamualaikum..
Actually reha agak bengang ngan blog reha nie..coz siang td bile reha nak bukak je, tibe2 je x leh bukak. Katenye blog x leh bukak coz malware or something else pe tah..adoi..virus ke pe ke..mine pun x leh nak bukak pe tah lagi blogger2 laen. Im checking, then they said from laman web laen sudah berjangkit pd blog reha..malas nak mention coz laman web ni selalu reha buka n read all the info2 yg bagus untuk kita. Maybe someone hacked laman web tue. Ape pun skrg reha dah leh buka blog reha. Cuma reha kne hati2 pasni coz reha sometime use that info utk di update pada blog reha. Coz sharing is caring right?? X salah nak sharing janji hati kita ikhlas untuk menyampaikan sesuatu info yang bagus. Am i right?? Skrg ni pun my semangat untuk blog pun dah menurun..aisey please naikkan semangat untuk menulis blog reha nie..kne amek mood..ni pun mood mcm pe je kan..Reha nak tgk malam nie n tomorrow my blog is still ok or not ok..huhu..=(
Posted by misz reha at 3:56 AM 0 comments
Saturday, December 10, 2011
::Gerhana Bulan::
Assalamualaikum..
Hai2 untuk blogger2 n pembaca blog, sihat x?? Reha baru2 nie kurang sihat, asyik selsema je. Selsema pun reha dapat gak tengok gerhana bulan tau. Alhamdulillah mmg reha dapat tgk gerhana bulan. Subhanallah, memang sungguh unik yang diciptakan oleh Allah. Walaupun semalam agak mendung, tapi reha dapat melihat gerhana bulan depan rumah je. X yah nak g tepi pantai ke pe ke. Depan rumah secara live lagi. Dengan izin Allah, reha dapat melihat. Info yang reha terima dari laman web, mengatakan gerhana bulan penuh akan berlaku dalam pukul 8.30-10.31 malam. Jadi reha tgk dalam pukul 9 lebih, dan 10 malam. Memang gerhana bulan penuh. Sebenarnya reha hilang kata2 bila reha tgk sendiri depan mata reha. Cuma berkata subhanallah kerana keindahan ciptaan Allah, dan syukur alhamdulillah kerana dapat melihat secara live. Gerhana bulan semalan adalah gerhana terakhir untuk tahun 2011.
Posted by misz reha at 8:53 PM 0 comments
Friday, December 9, 2011
::Kelebihan Nikah::
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nok kabo bnyaknya pahala)
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!....
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!....
Allhhurabbi..SERONOKNYA.....
tapi kalau couple???x dapat pahala....senyum2 manja pom dah BERDOSA
Posted by misz reha at 10:06 PM 0 comments
::Doa Hendak Bersalin::
Doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun iaitu surah al-Anbiya’ ayat 87. Amalkan doa ni ketika perut ibu mengandung masuk 9 bulan.
Posted by misz reha at 9:16 PM 0 comments
Thursday, December 8, 2011
::Sakit::
Assalamualaikum..
Semalam reha g klinik, coz x tahan sakit sangat kt area pinggang belah kanan. Dari kelmarin lagi dah kena after g jogging, then rasa cm x sedap badan je. So g klinik, n wt check up with doctor..Doctor scan kat perut n pinggang, alhamdulillah doctor cakap xde ape2, just angin je. Fuh lega sikit coz takut jadi apa2 kan. Then doctor sarankan buat ujian darah n air kencing. Emm, igtkan dah lega rupanya kne buat gak. So reha kena la wt kat klinik, amek darah n air kencing. Then doctor suruh kurangkan makanan yang berlemak, n diet. Reha memang tengah diet skrg nie, dah 2 weeks reha x makan nasi. Then skrg reha makan oat atau roti, sup n epal hijau n also tomato. Ni diet yang mmg ketat la coz reha pernah amalkan sblm ni, n mmg nampak puas hati la. So reha kena tunggu result in 10 days...huhu nak tunggu tu lamanya..hopefully reha xde ape2..amin..So skrg reha kne amalkan gaya pemakanan yang sihat coz lagi 4 months mcm tue for my big day..insyaallah, semoga Allah permudahkan segala urusan, memberikan kesihatan yang baik untuk kami serta murahkan rezeki kami..amin.
Posted by misz reha at 11:18 PM 3 comments
::Hati-hati Belanja Secara Online::
Assalamualaikum..
Zaman skrg nie semuanya mudah untuk diperoleh dengan sekali tekan di depan komputer..Kita x yah nak susah2 nak g shopping kt luar dan ke kedai untuk membeli barang. Just on9 untuk membuat pembelian tanpa mengeluarkan tenaga sekalipun. But bila kita nak membeli brg2 secara on9, kita kena la berhati2 dan risiko nya adalah besar. Before kita nak beli brg2 secara on9, kita kena lah kaji terlebih dahulu supaya kita tidak di tipu..coz reha pun pernah kena sekali dalam pembelian baju secara on9..sampai skrg baju tu reha x pakai dan reha bagi kt cousin reha. Ini adalah tips2 untuk belanja secara on9:
1) Periksa Status Laman Web
Terdapat pelbagai laman web serta blog2 dalam pembelian secara on9. Terlalu mudah untuk mencari pelbagai perniagaan secara on9 melalu internet. Firstly kita kena melihat jumlah ahli yang menyukai dan mengikuti laman web atau blog2 tersebut. Jika ramai, insyaallah memang ia boleh dipercayai..
2) Perbandingan Harga
Jangan terlalu terburu2 memnbuat pembelian secara on9. Walaupun barang yang dipaparkan itu cantik dan murah, tetapi ia hanya ilusi sahaja. Oleh itu, lihat dahulu jualan on9 yang lain untuk membuat perbandingan harga. Kadang2 kualiti barang adalah sama tetapi harganya sangat berbeza. Perbandingan harga ini sangat la penting supaya kita tidak akan menyesal bila kita telah membeli barang tersebut.
3) Maklum Balas Pelanggan
Majoriti penjual on9 mementingkan segala maklum balas daripada pelanggannya bagi membuktikan perniagaannya boleh dipercayai. Perhatikan segala komen yang diberikan dan kita boleh menilai sendiri sejauh mana mutu perkhidmatan yang diberikan. Bagi jurujual yang jujur dan bertanggungjawab, jika berlaku sebarang kerosakan pada barang akan diganti balik dengan baru atau duit akan dikembalikan semula.
4) Komunikasi Dengan Jurujual
Penjual on9 yang baik akan menyediakan maklumat yang betul mengenai dirinya. Selalunya ia akan dipaparkan untuk kemudahan pembeli. Hubungi penjual tersebut dan bertanya apa2 jua perkara yang kita inginkan. Jika ada alamat kedai, kita boleh pergi sendiri menjengah ke sana supaya lebih puas hati.
5) Cara Pembayaran
Membeli secara on9 biasanya menggunakan kad kredit kerana ia lebih mudah. Ada juga menggunakan akaun bank untuk membuat pembayaran. Untuk pembayaran secara kad kredit, aktifkan terlebih dahulu antivirus atau firewall pada komputer anda supaya dapat menyekat sebarang unsur jahat yang tidak diingini. Untuk pembayaran secara akaun, pastikan no akaun jurujual adalah betul.
Posted by misz reha at 7:52 AM 0 comments
Wednesday, December 7, 2011
::Cinta aka Love:
Cinta..
perasaan yang amat aneh
bisa buat jiwa tak keruan
bisa buat hati yang tenang
jadi gemuruh
dari mata turun ke hati
menusuk ke dalam jiwa
membuatkan hati seseorang terpikat
Bila hati terpikat
dua hati menjadi satu
semuanya indah belaka
kata-kata cinta meluncur laju
dari sebalik bibir
menyatakan rasa hati
Inginku milikmu sepanjang hayatku
inginku buat hatimu
sepenuhnya milikku
Sayang..
seribu kali sayang
itu gambaran kasihku terhadap mu
takkan pernah pudar,
cinta dan kasihku padamu
cinta dan kepercayaan
yang kau berikan padaku
akan ku jaga sebaiknya
agar dirimu terus mencintaiku
akan ku semai rasa cinta dan kasih
di dalam hatiku
supaya aku mencintaimu
tetap mencintaimu
dan terus mencintaimu....
Nukilan dari Laman Luahan Hati Cinta Cicinta....so sweet...reha suka sgt...for my lovely fiancee hadrin, love u so much..insyaallah kita akan di ijab kabulkan untuk beberapa bulan saja lagi..semoga Allah permudahkan segala urusan kita, dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke akhir hayat..amin..
Posted by misz reha at 9:02 AM 0 comments
::Waktu Mustajab Untuk Berdoa::
Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:
1. Semasa Lailatul-Qadar
2. Ketika hujan turun.
3. Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5. Di tengah malam
6. Di antara azan dan iqamah.
7. Ketika sujud dalam solat.
8. Ketika iktidal akhir dalam solat.
9. Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12. Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib
Posted by misz reha at 1:12 AM 0 comments
Tuesday, December 6, 2011
::Tips Menangani Sikap Rakan Suka Pinjam Barang Tapi Malas Memulangkan::
- Memberikan sindiran halus jika rakan anda itu sengaja buat2 lupa untuk memulangkan barang anda.
- Buang rasa malu dan serba salah untuk meminta kembali barang2 anda yang dipinjamkan kerana ia adalah milik anda.
- Meminta bantuan rakan anda yang lain supaya sampaikan pesanan agar peminjam memulangkan kembali barang yang dipinjam.
- Jika anda terlalu sayangkan barang anda dan berat hati untuk dipinjamkan, berilah apa sahaja alasan yang munasabah.
- Jika barang yang dipinjamkan tidak dipulangkan dalam tempoh yang lama, beritahu yang anda ingin menggunakan barang tersebut secepat mungkin.
- Berikan tempoh berapa lama rakan anda boleh meminjam barang anda semasa memberi barang yang hendak dipinjamkan.
- Beritahu dengan baik kepada rakan anda supaya memulangkan semula barang yang dipinjam itu setelah digunakan.
Posted by misz reha at 4:34 AM 0 comments
Sunday, December 4, 2011
::Aishiteru by Zivilia Band::
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana
[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Ulang [*][**]
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali
Kimi ga tuokuni itemo (even though you are far away)
Kinou omoi ga tsunagaru kara (yesterday’s memory bonding us)
Shinjiteruyo shinjiteruyo (I believe in you i believe in you)
Ulang [*][**]
Wo wo wo.. a a ai aishiteru
Posted by misz reha at 8:49 AM 0 comments
::Makan2 With Friends::
Assalamualaikum..
Today, Reha and friends outing di Shah Alam Seksyen 7 utk makan2..Reha naik 1 kereta ngan awein, kitorg tunggu another friends dkt dgn tol Sg Rasau. Ada 5 orang yg outing arinie. Then we all makan2 dekat Restoran Nasi Ayam Penyet. Reha lak x makan nasi, so just makan ayam n sambal. Mak aiii, pedas giler sambal nye..fuhh...smpai berpeluh2 we all makan. Reha mkn gak la sbb ayam nye sdp..sambal pun reha kasi balun daa smpai habis..syg ooo x abis..hehe..Then we all borak2, n ctr2 pe2 yg best kan.
Then dah lepak2, borak2...we all pun nak ke Sunway Pyramid...actually x plan pun nak g Sunway Pyramid, coz masing2 x tau nak lepak mane..Ondaway ke Sunway Pyramid, mcm biasa r jem kan, weekend day..of coz la jem..masing2 sume nak shopping, dating, outing ngan family, friends...mmg jem. So smpai kt Sunway Pyramid, nak cari parking pun alahai payah nya. We all parking kat roof top, atas sekali..Dah dpt parking, we all jalan2 tanpa hala tuju..hahaha..mmg xde hala tuju, dgn org ramai, mcm2 ragam. Ada yg baju nye ok, style, cantik, n mcm2 la style yg ada.
So we all dah jln2, then haus lak kan. So singgah kt Secret Recipe..reha minum chocolate cream with wipe cream, cmtu la kot..lupe la..hahaha..then mkn cake..adeh pastu muak lak...huhu..then we all x abis mkn, just take away. Then jalan2 lg, g kdai sukan la pe la..jalan2..smpai nak balik, hujan lebat lak.. Paham2 la hujan lebat, pe lg jem teruk la kan. Then pas tu we all ke Yok Mampir mkn lagi...mmg keje kitorg mkn je hari nie. tp just mkn tomyam, sup cendawan..then yg member lg 2 org tu mkn nasi n tomyam..lepak2..smpai pukul 9 lbh, we all bertolak balik...bila reha smpai rumah je, mak perli nape x bwk bantal sekali..hahha..dgr2 kan je la, x layan sgt sbb perut lak meragam time balik tue..trs g toilet...huhu..cian reha. but reha mmg enjoy la coz enjoy dpt mkn2 arinie..hehehe..so thats all la reha nak story arinie..itu aje...
Posted by misz reha at 8:32 AM 0 comments
Friday, December 2, 2011
::Hadapi Kepayahan::
Ada masanya Allah memberi nikmat melalui musibah yang dahsyat, dan ada pula masanya menguji sesetengah manusia dengan nikmat dan kesenangan...
Renunglah semula masa lalu dan masa depan...Insaflah bahawa hidup ini penuh dengan peristiwa yang datang silih berganti, orang yang mampu keluar dari ujian itu dengan selamat itulah yang menang. Mudah-mudahan Allah menjadikan sesuatu yang menyenangkan selepas itu..amin.
Posted by misz reha at 9:25 PM 0 comments
::Fakta Tentang Bayi Yang Baru Lahir::
2)Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
3)Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
4)Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
5)Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
6)Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
7)Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
8)Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
9)Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
10)Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
11)Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
12)Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
13)Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
14)Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
15)Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
16)Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
Posted by misz reha at 9:30 AM 0 comments
Thursday, December 1, 2011
::I Love You::
When U Were Only 5 Yrs Old, I Said I Love U...
U Asked Me: "What Is It?"
When U Were 15 Yrs Old, I Said I Love U....
U Blushed.. U Look Down And Smile..
When U Were 20 Yrs Old, I Said I Love U....
U Put Ur Head On My Shoulder And Hold My Hand.. Afraid That I Might Dissapear..
When U Were 25 Yrs Old, I Said I Love U....
U Prepare Breakfast And Serve It In Front Of Me, And Kiss My Forhead N
Said : "U Better Be Quick, Is’s Gonna Be Late.."
When U Were 30 Yrs Old, I Said I Love U....
U Said: "If U Really Love Me, Please Come Back Early After Work.."
When U Were 40 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Cleaning The Dining Table And Said: "Ok Dear, But It’s Time For U To Help Our Child With His/Her Revision.."
When U Were 50 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Knitting And U Laugh At Me..
When U Were 60 Yrs Old, I Said I Love U....
U Smile At Me..
When U Were 70 Yrs Old. I Said I Love U....
We Sitting On The Rocking Chair With Our Glasses On.. I’m Reading Your Love Letter That U Sent To Me 50 Yrs Ago..With Our Hand Crossing Together..
When U Were 80 Yrs Old, U Said U Love Me!
I Didn’t Say Anything But Cried.
We may not express it but when we say "I Love You" we want our partner also to say the same...
There are many ways of expressing love but nothing can play the same magic that these 3 words can play when said in return ♥ ♥
Posted by misz reha at 10:37 PM 0 comments
::Ombak Rindu::
Assalamualaikum..
Reha rasa sgt puas sbb dpt menonton filem Ombak Rindu, hehehe..Baru je keluar dah g tgk. Member yg booking tiket, so mmg g la kan..Ombak Rindu ni dari novel, so mmg x leh nak lepaskan peluang la kan. Kami g dalam 7 orang, then mmg ramai la yg g menonton kt cinema. Excited sgt sbb novel pun dah berulang kali baca. Filem Ombak Rindu mmg best n terbaek la walaupun not 100% same pe yg kita baca kat novel. But mmg puas hati la. Lakonan mantap Aaron Azin n Maya Karin. Fuh, sedih sgt filem nie, smpai keluar air mata reha. Nak nangis gak la kan tp tahankan je la. Aish, rasa cm nak g tgk lagi je..hehehe..tp xpe la dah tgk sekali, nanti leh tgk lagi kalo de vcd jual. Lagu pun best, alahai mmg sedih sgt..Ni senikata lagu yg reha amik kt fb..
Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Posted by misz reha at 8:58 AM 0 comments