BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Monday, October 10, 2011

::Bakal Suami yang perlu dijauhi::

Assalamualaikum..


Hai semua, apa khabar? Diharap semua nya sihat sejahtera, ceria dan senyum2 selalu. Baru hari ini reha update blog reha, sbb reha rasa tersangat la rajin hari ini kan. So tajuk blog reha hari ini ialah bakal suami yang perlu dijauhi. So rasa2 nya bakal suami untuk seorg wanita yang macam mana yang perlu dijauhi, sama2 la kita renung-renungkan dan fikir tentang segala aspek yang perlu kita tahu.

Antaranya ialah :
1)Akidahnya rosak: Ciri-ciri ini adalah ciri2 yang tidak layak untuk dijadikan idaman hati kita. Ibnul Qayyim mengatakan, "Barangsiapa yang hendak meninggikan bangunannya, maka hendaklah dia mengukuhkan asasnya dan memberikan perhatian penuh terhadapnya. Sesungguhnya kadar tinggi bangunan yang boleh bangun adalah sebanding dengan kekuatan asas yang dibuat. Amalan manusia adalah ibarat bangunan dan asasnya adalah iman." (Al-Fawaid). Bermaksud jika aqidah dan iman seseorang rosak-padahal itu adalah pokok atau asas, maka bangunan diatasnya pun akan ikut rosak.

2)Senangnya berdua-duaan: Inilah sikap lelaki yang sering mengajak pasangannya yang belum halal baginya untuk berdua-duaan(berkhalwat). Berdua-duaan disini boleh juga dalam bentuk tanpa hadir dalam satu tempat, namun melalui khidmat pesanan ringkas(sms), melalui kata-kata mesra di FB dan lainnya. Perkara ini pun termasuk semi khalwat yang juga terlarang. Dari Ibnu Abbas," Janganlah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita kecuali jika bersama mahramnya."(HR. Bukhari). Emmn pesanan kedua ni pun merupakan peringatan dari diri reha juga...

3)Mensia-siakan solat: Solat berjemaah bagi lelaki adalah suatu kewajipan sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Qurandan berbagai hadis. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, seorang lelaki buta datang kepada Rasulullah SAW dan berkata,"Wahai Rasulullah, aku tidak memiliki penunjuk jalan yang dapat mendampingi aku untuk mendatangi masjid."Maka ia meminta keringanan kepada Rasulullah untuk tidak solat berjemaah dan agar dibolehkan solat di rumahnya. Kemudian Rasulullah memberikan keringanan kepadanya. Namun, ketika lelaki itu hendak beranjak, Rasulullah memanggilnya lagi dan bertanya,"Apakah kamu mendengar azan? "ia menjawab,"Ya." Rasulullah bersabda,"Penuhilah seruan (azan) itu". (HR. Muslim).

4)Tangan suka usik-mengusik: Tangannya yang suka bersalam wanita yang tidak halal baginya. Rasulullah SAW pun ketika berjabat dan waktu lainnya tidak pernah menyentuh tangan wanita yang tidak halal baginya. Dari Abdullah bin 'Amr,"Sesungguhnya Rasulullah tidak pernah berjabat tangan dengan wanita ketika berbaiat."(HR, Ahmad Shahih).

Diharap ciri-ciri diatas ini dapat memberikan manfaat pada semua umat islam..Juga peringatan untuk diri reha sendiri..

Monday, September 5, 2011

::Merdeka Raya 2011::

Assalamualaikum.


Raya dtg lagi, alhamdulillah dpt reha menyambut raya kali ini di kg Sg Siput Perak. Syukur sbb dpt beraya ngan family n family belah abah yg teramat ramai. Kalau dikumpul sume, mmg ramai sgt smpai cicit, piut, pastu ape tah..hehehe. Tahun ni beraya ngan family, thn depan insyaallah beraya kt johor dgn family baru, insyaallah. Amin. Banyak juadah raya thn ni, antara nya ialah lemang, rendang ayam, kuah kacang, nasi impit, n ade wt bbq mmg seronok sbb dpt mkn sume, smpai bdn pun dah kembang. Reha berada di kg 4 hari 3 mlm, n mmg ramai la yg balik kg.

Mcm biase la x sah kalo xde bergambar kan. So reha mmg akan amek gambar utk raya. Mmg seronok sbb ramai sdare, cousin, n tgkp gambar. Cuma reha x dpt beraya ngan encik tunang, sbb thn lps dah beraya same2. So reha tunggu thn dpn beraya same2 apabila bergelar husband n wife insyaallah amin. Kt kg cuma 1st raya je beraya umh, then after that dok je kt kg kan. Huhuhu. Tp x pe la sbb byk rancangan tv layankan je. So reha nak upload gmbr raya tp x sume yg reha upload coz terlampau byk, so insyaallah mgkin reha akn wt part 2 merdeka raya...hehe...enjoy my photo...






















Sunday, August 28, 2011

::Salam Lebaran Aidilfitri::

Assalamualaikum..


Di hari yg sangat indah dan cerah nie, reha ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf, Zahir dan Batin pada semua umat islam seluruh negara. Semoga raya tahun ini mendapat keberkatan, murah rezeki dari Allah, serta kenikmatan yg sederhana dikalangan umat islam.Dan jangan la lupa pada mereka yg memerlukan pertolongan dan bantuan dalam menempuhi kehidupan yang agak mencabar

So pada sape2 yg balik kampung tu berhati2 memandu, if mengantok rehat2 dulu. Insyaallah perjalanan sume mendapat keberkatan dari Allah. Semoga lepas raya nie de la berita2 yang menggembirakan reha n keluarga reha, amin. Salam Lebaran dari reha utk korg sume..hehehe..


Saturday, August 27, 2011

::Kuih Raya::

Assalamualaikum..


Salam 1 Malaysia dr reha utk member2 semua. Today reha nak taip blog reha ni, coz mcm dah lama x taip blog nie. Lg brape hari lg nak raya, persiapan alhamdulillah sederhana aje spt thn2 lepas. Baju raya alhamdulillah ade, cukup sgt2. Reha syukur sgt2 sbb raya thn ni de rezeki reha dan family. Cuma puasa je x cukup maklum lah reha kan perempuan, so phm2 je la ea..hehehe..

Kuih raya every year mmg x miss la kan. Mmg tiap2 tahun mak n reha wt kuih, konon2 reha la yg wt..wakakaka..Alhamdulillah ade 7 jenis kuih raya, cuma semprit je x wt, huhu..de lg yg  wt tp cukup la 7 jenis, x mau banyak2 nanti membazir. Ala kadar saje. Antara kuih raya utk thn ni kuih makmur, almond london, tart nenas, biskut teratai, cornflake coklat, biskut kacang hijau dan biskut arab..fuh sdpnye..hehehe...

So reha de gambar kuih2 raya, so enjoy tgk gambar ye..hehehe..















Monday, August 15, 2011

::Food n drinking for Ramadan::

Assalamualaikum..


Salam satu Malaysia dr reha utk sume member2 reha. Hehehe, rase skema lak tp ok gak kan. Sejak de blog ni, dah mula nak taip2, nak reka2 ape yg de kt kepala, rase seronok dpt luahkan. So arinie reha xde ape2 yg nak diluahkan, cuma reha nak upload gambar2 makanan di bulan puasa nie. Gambar2 nie actually for 1 day berbuka with sedare reha yg dtg rumah, cousin2 reha paling rapat. Seronok sgt aritu berbuka ramai2. Ye la, setahun sekali kan, so rase keseronokan tu berlainan sikit di bulan Ramadan berbanding hari2 biasa. So reha upload gambar2 utk tatapan sume...enjoy..










::Kekasih yang Satu::

Menangislah sahabat,
Kerna air mata adalah bicara yang terindah...
Air mata terindah lahir,
Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan,
Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan,
Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai,
Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu...
Dan bilamana dirimu meraih tangan,
Insan bergelar sahabat,
Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,
Butiran mutiara yang sangat indah...
Bilamana tercipta satu pertemuan,
Dan terungkai segala isi hati,
Terungkap sebuah jalinan persahabatan,
Tapi tibanya saat perpisahan,
Detik ini pasti akan terjadi,
Titisan hangat pasti akan menemani diri,
Kerna pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam,
Bertemu dan berpisah kerana Allah
Bisa melahirkan rantai-rantai perjuangan,
Pergimu menyebarkan wangian jannah,
Moga dunia ini akan berbau haruman syurga...
Tapi sedarlah wahai sahabat,
Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah,
Mutiara indah yang hadir menemani dirimu tika itu,
Itulah air mata yang paling bernilai,
Ia bisa menjadi perisai untukmu..
Sahabat andai dirimu dahagakan kasih dan cinta,
Dambalah cinta dan kasih yang Satu..





Tuesday, August 9, 2011

::Salam dari Reha::

Assalamualaikum..


Apa khabar sume? Sihat x? Reha sihat alhamdulillah n makin sihat..hehehe...Alhamdulillah masok arini dah 10 hari kite berpuasa...syukur sgt2 kerana reha diberi peluang utk berpuasa di bulan Ramadhan bulan yg sgt mulia disisi Allah. Bulan Ramadhan ini lah peluang kite utk melakukan ibadah n menambahkan pahala utk bekalan di akhirat kelak. Insyaallah segala amalan dan ibadah kita akn diterima oleh Allah.

Banyak kebaikan dan fadhilat di bulan yg mulia ini. Antaranya ialah :

  1. Pintu langit dibuka
  2. Pintu-pintu Syurga dibuka
  3. Bulan yg penuh dengan keberkatan
  4. Salah satu malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan.
  5. Ganjaran amalan sunat sama dengan solat fardhu
  6. Solat fardhu mendapat ganjaran 70 kali ganda 
  7. Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga
  8. Bulan menambah rezeki
  9. Bulan keampunan : doa yang paling makbul iaitu doa ketika sebelum berbuka puasa dan doa pada sepertiga malam
  10. 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan dari api neraka.
Insyaallah dgn amalan yg kita buat, akan mendapat ganjaran pahala dan syurga. Semoga bulan Ramadhan ini dimurahkan rezeki kita sume dan mendapat keberkatan. Amin.