BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 21, 2012

::Jodoh, Satu Pencarian Atau Penantian...:


Assalamualaikum..

Kahwin lewat bukan lagi satu isu besar bagi wanita yang berkerjaya. Memasuki usia 30 tahun bukan sesuatu yang menakutkan walaupun masih tidak mempunyai pasangan. Punya kerjaya mantap, kereta dan rumah adalah satu kepuasan. Allah SWT menjadikan setiap insan di dunia ini berpasang-pasangan. Mencari jodoh bukannya mudah, ada yang mencari jodoh melalui agensi jodoh, ada yang melalu laman sosial seperti facebook dan sebagainya. Tapi yang pasti setiap orang berharap agar jodohya kekal hingga ke akhir hayat.

Jom kita lihat apa yang perlu lakukan dan sebaliknya:

  1. Fahami sifat takdir jodoh yang ditentukan Ilahi termasuk dengan siapa dan waktunya. Kita hanya mampu berusaha tetapi penentuannya adalah urusan Allah. Perkara yang boleh dilakukan hanyalah berdoa dan bertawakal agar diberikan jodoh yang baik.
  2. Dalam masa yang sama belajar mengenai tanggungjawab suami atau isteri dalam rumah tangga islam. Kemudian cuba mengukur diri sendiri adakah anda sudah memenuhi kriteria berkenaan. Tanya diri sendiri adakah sudah bersedia untuk bergelar isteri solehah untuk suami solehah. 
  3. Buat perancangan atau gambaran kasar rumah tangga bagaimana yang anda inginkan. Gambaran ini akan membantu ketika calon sudah ada dan boleh dibincangkan bersama. Bukannya berbincang mengenai perkara-perkara yang tidak penting seperti rumah apa yang diingini, reka bentuk atau warna bilik tidur dan sebagainya. 
  4. Selepas itu, mulakan 'perburuan jodoh' yang sebenarnya dengan cara yang benar. Berburulah pada waktu-waktu sepertiga malam, di atas sejadah dengan kerendahan hati, berdoa dan mintalah apa yang anda idamkan untuk rumah tangga. Akhirilah dengan pernyataan : "Jika itu semua baik Menurut-Mu Ya Allah, kabulkanlah segera dan mudahkanlah. Namun jika kurang baik Menurut-Mu, tunjuklah padaku yang lebih baik, dan siapkanlah diriku menerimanya, Amin.
  5. Sesudah itu, ketahuilah cara mencari jodoh yang baik. Kenalilah keperibadian diri sendiri dan belajar memahami perbezaan keperibadian orang. Dengan memahami pelbagai jenis keperibadian akan membantu sebuah hubungan selain mencari jodoh yang tepat.
  6. Jangan terlalu cerewet memilih pasangan. Sekiranya sudah bertemu yang baik agama dan akhlaknya, itu sudah memadai. Jangan terlalu pentingkan kerjaya, pangkat atau harta dan rupa kerana itu semua tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.
  7. Carilah pasangan yang boleh memahami. Setiap pasangan mestilah memahami di antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap orang mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Kelainan itu mampu mempengaruhi sifat pasangan.
  8. Memaafkan. Sikap ini amat penting bagi mengekalkan hubungan dan rumah tangga. Buangkan sikap ego dalam diri anda kerana ia akan merosakkan hubungan yang dibina.
  9. Memotivasikan. Setiap pasangan mestilah memotivasikan di antara satu sama lain. Faktor seperti stress, tekanan kerja, masalah kewangan akan menjadi punca keretakan rumah tangga. Namun dengan adanya sikap memotivasikan akan membantu memulihkan dan menaikkan kembali semangat pasangan.
  10. Kenali pasangan. Dengan mengetahui kekurangan dan kelebihan, lebih mudah untuk mengawal keadaan dan menyesuaikan diri dengannya. Menerima dirinya seadanya juga membantu merapatkan hubungan.
  11. Mengharapkan pasangan mempunyai sikap dan perasaan serupa dengan diri sendiri.
  12. Lazimnya, seseorang akan mencari pasangan yang mempunyai sikap, pemikiran dan kesukaan yang serupa dengan dirinya. Namun suami atau isteri perlu memberi sedikit ruang perbezaan. Perbezaan begini sebenarnya memberi peluang untuk suami isteri berkomunikasi dengan lebih kerap.
  13. Pasangan yang tidak saling mempercayai antara satu dengan lain tidak akan dapat menyatakan perasaan mereka secara jujur. Mereka akan berkelakuan buruk sangka dan tidak dapat meneruskan perhubungan dalam suasana yang baik. Kesannya, rumah tangga tidak akan aman.
  14. Suami isteri yang pentingkan diri sendiri biasanya ingin berkuasa ke atas pasangannya sehingga hanya wujud komunikasi sehala di antara mereka. Suami atau isteri yang terlalu dominan juga memaparkan sifat suka merendah-rendahkan pasangannya. Akibatnya, perhubungan menjadi kaku dan tidak mesra. Bagi pasangan yang tidak mampu bertahan, mereka mungkin akan menganbil keputusan untuk pergi daripada terus dibelenggu oleh sikap pasangan yang terlalu mengawal. Oleh itu, suami isteri perlu bertolak ansur dan jangan sekali-kali mengabaikan perasaan pasangan kita.

0 comments: