BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 31, 2011

::Kata-Kata Hikmah::



Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan Perjuangan,
Perjuangan memerlukan Ketabahan,

Ketabahan memerlukan Keyakinan,
... Keyakinan pula menentukan Kejayaan,
Dan Kejayaan akan menentukan Kebahagiaan...

Makin kita mendekatiNYA,
Makin kita diuji,
...
Makin kita banyak berdoa,
Semakin banyak ujian menimpa,

kerana segala yang dipinta tak datang dengan segera,
tapi ia akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yg diberiNYA,

kerana ALLAH tidak memberi apa yang kita mahu
tapi DIA memberi apa yang kita perlu.

::2012::







Assalamualaikum.

Selamat petang semua. Hari ini 31 december 2011, hari terakhir bagi tahun 2011 dan esoknya akan datang 2012. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana sehingga hari ini reha masih lagi bernafas dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Seperti tahun2 sebelum nie, setiap tahun ada azam yang baru untuk kita memperbaiki diri kita sendiri. Macam reha, emm azam tahun 2011 still belun tertunai lagi, and azam 2011 akan diteruskan pada tahun 2012. Dan ada pertambahan azam 2012 ni, azam 2012 adalah mahu diijabkabulkan @ berkahwin dalam tahun 2012. Itu matlamat dan azam reha yang sangat penting. Selain dari ini, cuma reha je yang tahu yang masih belum dilaksanakan. Segala persiapan still dalam process untuk menyediakan segala urusan, segala yang berkaitan dengan perkahwinan. Semoga segala urusan dapat dipermudahkan, amin. Segala kenangan tahun 2011 akan dapat diingati dan menjadi kerinduan untuk diri kita. Kenangan2 manis akan sentiasa diingati, kenangan pahit akan sentiasa dijadikan sbg satu pengalaman dan tauladan untuk diri kita. Dan untuk yang orang yang entah x tau punca mencari gaduh dengan reha, hopefully please la ubah perangai itu sebelum terlambat kerana perangai itu akan makan diri org itu balik.Dan juga peringatan untuk diri sendiri. Coz reha x akan layan dan biar la nak cakap apa2 pun, Allah always with us.

Friday, December 30, 2011

::Maharaja Lawak Mega::




Assalamualaikum..

Hai2, apa khabar semua? Hope u all sihat2 ye, hehehe..Alhamdulillah Reha sihat..Actually reha belum tidur lagi nie, nak rehat2 jap coz penat bersorak kat Stadium Melawati Shah Alam. Akhirnya reha dapat gak tgk Maharaja Lawak Mega Final lg tue secara live..hehehe..penat2 tau reha n maklong beratur pagi2. Nasib baik la dapat tiket. Reha n maklong masing2 dapat 2 tiket, so ada 4 tiket. Yang g malam tadi reha, mak, maklong and member, awein. Tapi nasib baik de seorang makcik ni bagi tiket lebih kat mak reha, tu yang call cousin suruh dtg, rugi kan..hehe. Then kitorg g awal petang semalam pukul 7 baru sampai coz jem teruk kat klang tadi. Then dapat la ke depan bila sampai stadium untuk beratur coz de member2 reha gak yg g. Hehehe amat bertuah. Tapi tu la tunggu sangat lama nak masuk tadi pasal management astro x buka rantai ka pintu, tah mana tah baru dapat kunci, punya lah lambat. Awal2 lagi x nak buka, tapi xpe la coz at last dapat masuk kan. Best gak, seronok, having fun. Kitorg tgk kat atas so dapat tgk keseluruhan. Agak teruja la juga dengan sahutan dan jeritan para peminat maharaja lawak mega. Seronok sangat2 dan lepas tension dengan menjerit tadi. Hampir2 sakit tekak gak la kan, hehehe..Then juri jemputan aaron aziz, ooo hensemnya aaron aziz..ni penangan ombak rindu la nie..Bila finalis2 maharaja lawak buat persembahan, paling reha suka osbon n boboi. Best sangat diorg buat persembahan. So any kumpulan antara osbon n boboi, mana2 menang pun reha sokong..hehehe..Akhirnya Osbon menang, congratulation osbon, and memang osbon sangat bertuah.

Thursday, December 29, 2011

::Lagu Tentang Dhia::




Sejak bertemu kau dan aku
Menusuk jantung ku, mula jiwaku
Merelakanku menjadi milikmu
Itu yang ku mahu,itu yang ku mahu cintamu

Sinar mentari pasti
Menyinar hati yang sunyi
Biarlah aku bermimpi
Kerna dibuai sepi

Dhia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Cuba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai

::Sempurna::



Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khodijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Isterimu hanyalah seorang wanita akhir zaman yang ingin menjadi solehah. 

Suami yang menikahimu tidaklah sesempurna Rasulullah, tidaklah setabah Ayyub,tidak segagah Musa, bahkan juga bukan setampan Yusuf. Suamimu hanya seorang lelaki akhir zaman yang bercita-cita mendidik diri dan keluarganya menjadi ahli syurga.

Jadi bersyukurlah dengan pasanganmu kerana dia adalah anugerah Allah yang hanya pinjaman untukmu, hargailah dirinya sebelum Allah mengambil semula dia daripadamu..

::10 Surah Dapat Menghalang 10 Ujian Besar Allah SWT::

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Wednesday, December 28, 2011

::Kehidupan::


Kadang-kadang…. hidup ini terlalu indah untuk ditafsirkan….
terlalu sukar untuk di gambarkan…
indahnya seindah Penciptanya yang Agung..
Subhanallah….

... Kadang-kadang…. hidup ini terlalu getir…
terlalu pahit untuk dikongsikan…
terlalu membuatkan diri seorang kehibaan…
terlalu pilu dan menyayat hati

Adakalanya….
dia mampu tersenyum dalam kehambaran..
adakalanya
dia mampu berdiri walau dipukul ombak kedukaan

Namun….
dia hanya insan biasa…
tak lari dari fitrahnya sebagai seorang insan…

Di kala itu…
dia mula goyah…
tidak lagi mampu melangkah mahupun berdiri..
dia sudah hampir mahu mengalah..
namun Allah itu Maha Pengasih lagi Mengasihani….

Di saat dirinya hampir tersungkur…
dia terpana…
terkesima dan terus tersedar
tersedar dari segala fantasi..
ia mula YAKIN…
YAKIN bahawa YANG AGUNG itu HAKIKI…

Dia gigihkan usaha melangkah setapak demi setapak…
berusaha untuk mengejar sesuatu ,
Sesuatu yang mampu membawa dirinya kepada CINTA yang HAK
kepada CINTA YA RABB YANG HAKIKI….