BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 5, 2012

::Sambutan Hari Kecemerlangan Dan Tahun Baru 2012 By Kagum:

Assalamualaikum.

Hai2, sihat x? Diharap semuanya sihat walafiat. Sebenarnya reha terlambat nak story pasal Sambutan Hari Kecemerlangan dan Tahun Baru. Sambutan diadakan pada 1hb January 2012 hari sabtu malam ahad jam 9.00 malam di Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan Port Klang. Actually sambutan nie diadakan untuk meraikan pelajar2 yang cemerlang dalam bidang akadmik serta untuk tahun baru 2012 oleh Kagum. Kagum ni sebuah badan organisasi..x perlu la reha nak ceritakan. Reha dan family hadir ke majlis tersebut kecuali adik reha je yg x dpt dtg coz de hal. Ikutkan nak raikan adik but x dapat dtg kan. Memang best la sbb buat kat Muara Ikan Bakar n dinner ramai2. Makan pun banyak but just makan ikan2, udang, ketam, tomyam..tu pun mmg x abis nak makan semua. Untung student yang cemerlang coz dapat sijil penghargaan, n saguhati. Adik reha pun dapat but my mother yang jadi wakil untuk ambil sijil. Then malam tu gak reha rasa lucky coz dapat hadiah cabutan bertuah. Actually under my father nam but lucky la kan coz reha hadir..hehehe..Seronok dapat hadiah hamper..alhamdulillah. So reha nak upload photo2 tp x semua la reha upload..=)



::Aku Cinta Padamu::



Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu...
kerana aku menyayangimu, aku tak ingin melukai hatimu...
kerana aku suka akhlak dan budi pekertimu, aku tak ingin mmbuatmu kecewa.

” Bila kamu menaruh rasa di hatimu, biarkan rasa itu ...indah brsemi dalam cinta-Nya yang abadi.. Bila hatimu ingin aku jadi kekasihmu, berharaplah pada kasihNYA suci... Aku hanya ingin jadi kekasihmu setelah DIA tak lagi cemburu padaku.”

Kamu tahu maksudku, pastinya kamu akn merasa bahagia..
karna dgn saling menjaga hubungan yg blm ada ikatan itu akn menjauhkan duri2 penuh fitnah.

” Biarlah kita menjalani khdupan ini tnpa ada kata, tatapan, atau pertemuan hanya brdua.. Dalam kesendirian itu lebih baik untk lebih dekat kepadaNYA, petunjuk dan redhaNYA kita harapkan untk ikatan yg halal.”

Percyalah akn janji-Nya, bila kita sdh jadi pribadi yang baik Allah kan menyatukan hati kita untuk brsama-sama menyelami lautan cintaNYA, menuju satu kehidupan yang tak akan terpisahkan selama-lamanya.

Tuesday, January 3, 2012

::Sebelum Dan Fikirkan::


Hari ini...

Sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
... Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menuding jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Selemah-lemah manusia ialah orang yangg tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari...
~ Sayidina Ali ~

(Rujukan dari page facebook Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal)

Monday, January 2, 2012

::Mencari Keredhaan::


Dalam aku mencari redhaMu Tuhan,
jiwaku perlu kepada mutiara ihsan,
kalbuku perlu pada permata iman,
agar diriku sentiasa indah dengan nikmat ISLAM,
Tetapi bagaimana harus ku merasai semua itu
... tanpa bantuan seorang teman yang mampu
menjadikan diriku menuju ke sisiMu Tuhan.

Saat Allah mencintai seseorang,
tempat pertama menerima sentuhan cinta itu
ialah hati mereka.
Disitulah Allah melenyapkan rasa putus asa
dan kesedihan akibat dosa mereka,
kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan
utk berubah menjadi insan bersih.

Hati kita seeloknya selalu berbisik:
"Aku tahu bila Allah mencintaiku iaitu saat ku
membenci segala kejahatanku"

Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya
kesenangan itu selepas kesusahan,
jangan berduka cita kerana hidup ini meletihkan,
sebab demikianlah hidup ini diciptakan

~imam syafie~

(Rujukan dari page facebook Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal) -untuk panduan kita semua..=)

::Jack and Jill::


Assalamualaikum..

Hai2, malam tadi movie time with my friend, watching movie Jack and Jill di Aeon Jusco Bukit Tinggi Klang. Movie ni mmg best la, lawak sangat, kelakar lagi2 lakonan Adam Sandler, mmg best. If Adam Sandler berlakon, mesti kelakar punya..hahaha. Movie ni mengisahkan Jack n Jill sepasang kembar lelaki dan perempuan. Jack nie dah berkahwin, mempunyai seorang anak perempuan, dan seorang anak angkat lelaki. Jill lak kembar pada Jack tapi belum berkahwin lagi. Jill ni datang ke rumah Jack sbb nak holiday sama2, tp jack ni x suka sangat jill dtg coz perangai jill yg agak de something wrong la kan..Jill ni cm pelik la, mcm2 perangai ada kat jill nie. Kelakar sangat bila jill ni naek ski kat dlm pool rumah jack, mcm2 la benda yang dia buat. Kalo nak tau selebihnya, sila la tgk movie ctr nie ea, nak story x best lak kan..hehehe..apa2 pun thumbs up to his movie..Terbaik la, bukan nak support English movie tp jalan ctr n lawak yg best, so mmg best n terbaik la kan..but apa2 pun movie tempatan yg paling terbaik..

::Langit::



Semua dah sekian maklum bahawa ALLAH telah menciptakan langit sebanyak 7 lapisan. Tetapi sejauh manakah anda tahu mengenai ciptaan ALLAH s.w.t ini ?

7 jenis dan nama langit :-

1) Raqi'ah - langit yang lebih putih dari susu.
...
2) Fidum atau Ma'un - Terdiri dari besi yang memancarkan cahaya.

3) Malakut - Dari Tembaga

4) Zahirah - Dari emas putih

5) Mazinah atau Masharah - Dari emas merah

6) Khalisah - Dari Jauharah

7) Labiyyah atau Dami'ah - Dari yaqut merah

-Dari kitab Mukashafah Al Qulub Imam Al-Ghazali-

(Rujukan dari Page Facebook Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah-Jadikan sebagai rujukan dan ilmu)

Sunday, January 1, 2012

::Cinta Ibarat Air::




CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun...

Jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita..

Jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita..
...
Jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara..

Jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah..

Jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya.

Maka jenis air manakah yang kita inginkan…??

Carilah mata air yang suci lagi murni… walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja...