BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 11, 2012

::5 Info Atasi Tidur Lena Ibu Mengandung::



5 INFO atasi TIDUR LENA ibu mengandung:

1. Jika kaki kejang, tekan kaki pada dinding . selain itu, pastikan anda mendapat kalsium agar masalah ini dapat dikurangkan.

2. Posisi terbaik tidur mengiring dengan lutut separuh membengkok. Ini membolehkan jantung anda bekerja dengan lebih baik agar berat janin tidak menekan pembuluh darah utama.

3. Sekiranya anda sakit belakang, letakkan lebih bantal semasa berbaring. Letakkan satu bantal di bawah perut, celah kedua-dua kaki, bahagian bawah belakang dan lagi satu lagi di bahagian kepala.

4. Mengurangkan minum air terutamanya yang mengandungi kafein seperti teh dan kopi sebelum masuk tidur dapat megelakkan anda kerap bangun tidur untuk membuang air kecil.

5. Cuba tidur secara mengiring ke sebelah kiri untuk membantu pengaliran darah dari oksigen ke plasenta.

Thursday, November 8, 2012

::Jenis Makanan Yang Digalakkan Untuk Ibu Hamil::



Jenis Makanan Yang Digalakkan Untuk Ibu Hamil:

Bagi memastikan bayi dalam kandungan terus membesar dan sihat, kita perlu mengambil makanan yang mengandungi kadar nutrien yang tinggi. Ini secara tidak langsung dapat membantu perkembangan bayi dalam kandungan. Disamping itu ibu yang hamil memerlukan rehat yang mencukupi bagi memastikan tahap kesihatan ibu dan bayi dalam keadaan yang baik. Dibawah saya senaraikan kategori makanan yang digalakkan untuk ibu-ibu yang sedang hamil...

1.Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang, susu, keju dan tofu.

2.Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.

3.Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren.

4.Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang, sandwich tuna dan biji bunga matahari.

5.Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.

6.Zat Besi - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.

7.Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas.mengandungi vitaminE.

Makanan yang perlu dielakan semasa kehamilan :

1) Aspirin
merupakan sejenis ubat yang akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, ini akan mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2)Alkohol -
ia akan meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar

3)Litium
ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4)Vitamin A -
jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat

5)Tetrasaiklin -
sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6)Ubat penahan sakit -
boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7)Rokok -
ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8)Hentikan kegiakan lasak -
seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

9)Minuman tertentu -
kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh
mengancam bayi dalam kandungan.

10)Makanan -
makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

::Rahsia Surah Al-Kautsar::





<<< Rahsia Surah Al-Kautsar >>>

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bap
a sa
udaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan ALLAH s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, ALLAH s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

::Doa Supaya Segala Urusan Dipermudahkan::

DOA SUPAYA SEGALA URUSAN DIPERMUDAHKAN