BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 31, 2012

::Cinta::



♥ Andaikan CINTA tidak di awali huruf "C" pasti takkan ada kata CEMBURU..
♥ Kerana dalam CINTA ada huruf "I", itulah yang membuat cinta jadi INDAH..
♥ Disebabkan ade Huruf "N" dalam CINTA lah, buat orang NANGIS..
♥ Hal tersulit adalah melewati huruf "T" dalam kata CINTA merupakan "TENTANGAN" untuk mendapatkan pasangan..
♥ "A" adalah kata terakhir dari segalanya dalam CINTA,iaitu Aishiteru!! (aku CINTA padamu) ^_^

Monday, January 30, 2012

::Bila Anda Bercinta::



Bila anda bercinta....
pastikan ianya TULUS dari hati bukan rasa SIMPATI...

Bila anda bercinta....
pastikan ianya cinta dari ILAHI bukan dari IBLIS dan JIN...
...
Bila anda bercinta..
pastikan ianya KEKAL abadi bukannya hanya PERMAINAN hati....

Bila anda bercinta...
pastikan anda HARGAI bukan SUNYI baru mencari....

::Rahsia 6 Perkara::



Allah Merahasiakan 6 PERKARA kepada Hambanya ~>


SAHABAT UMAR BIN AL – KHATTAB R.A. BERKATA:
Allah merahsiakan 6 perkara kepada hambanya disebabkan 6 perkara iaitu:

1) Allah merahsiakan keredhaannya kepada hambanya yang taat agar hambanya itu tetap terus berbakti / taat.

2) Allah merahsiakan turunnya Lailatul Qadar di bulan Ramadhan agar hambanya selalu berusaha untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh tanpa mengingat / mengenal / merasa bosan.

3) Allah merahsiakan wali – walinya / hamba hambanya yang soleh kepada orang banyak agar mereka tidak dipuja – puja / disembah-sembah disebabkan oleh kemuliaannya kerana wali – wali Allah itu tergolong orang yang mempunyai kelebihan ilmu.

4) Allah merahsiakan umur seseorang hamba agar ia selalu bersiap sedia untuk mati dan rajin beramal yang soleh

5) Allah merahsiakan tentang keutamaan salatul wusto / sembahyang yang utama daripada solat solat yang lain agar hambanya itu tetap rajin dan berusaha mencapainya (Salatul Wusto)

6) Allah merahsiakan tentang siapa jodoh kita nantinya agar hambanya mencari jodoh yang terbaik untuknya

Saturday, January 28, 2012

::Sabar, Redha, Kuat, Tenang, Menangis::



❤ SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
... Sabar Menyelesaikan Masalah

❤ REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
... Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

❤ KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku

❤ TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai

❤ MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu.

❤ "YA ALLAH, BINALAH UNTUKKU SEBUAH RUMAH DI SYURGA DEKAT DENGAN-MU". (DOA ASIAH....ISTERI FIRAUN).❤

Friday, January 27, 2012

::13 Alasan Tipikal Wanita Enggan Menutup Aurat::


Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
- Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
- Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampus!
- Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
- Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
- Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
- Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
- Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
- Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
- Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
- Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
- Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
- Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
- Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

~ Sila Share Jika Anda Rasa Ia Membawa Kebaikan Kepada Orang Lain Untuk Membacanya ~

Thursday, January 26, 2012

::Doa Untuk Kedua IbuBapa::



DOA UNTUK KEDUA IBUBAPA.

(ALLAHUMMAGHFIRLI DZUNUBI WALIWALIDAYYA WARHAMHUMA KAMA ROBBAYANI SOGHIRO.)

Maksudnya: "Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.”

Seorang anak itu belum di kira sebagai anak yang soleh,kalau dia belum berdoa untuk ibu bapa..
Termasuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa ialah dengan berdoa untuk mereka.

Wednesday, January 25, 2012

::Wanita::


Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia
Dan lelaki berkata ingin menjadi matahari.
Wanita tidak mengerti kenapa lelaki ingin jadi matahari,
bukan kupu kupu atau kumbang yang dapat terus me...nemani bunga...

Wanita berkata ingin menjadi rembulan
dan lelaki berkata ingin tetap menjadi matahari.
Wanita semakin bingung kerana matahari dan rembulan tidak akan bertemu,
tetapi lelaki ingin tetap jadi matahari....

Wanita berkata ingin menjadi Phoenix...
yang dapat terbang ke langit jauh di atas matahari,
dan lelaki berkata ia akan selalu menjadi matahari....

Wanita tersenyum pahit dan kecewa.
Wanita sudah berubah tiga kali...
namun lelaki tetap keras kepala ingin jadi matahari,
tanpa mau ikut berubah bersama wanita.
Maka wanita pun pergi dan tak pernah lagi kembali
tanpa pernah tahu alasan kenapa lelaki tetap menjadi matahari....

lelaki merenung sendiri dan menatap matahari.
Saat wanita jadi bunga, lelaki ingin menjadi matahari
agar bunga dapat terus hidup.
Matahari akan memberikan semua sinarnya untuk bunga
agar ia tumbuh, berkembang...
dan terus hidup sebagai bunga yang cantik.

Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh
dan pada akhirnya kupu kupu yang akan menari bersama bunga.
Ini disebut Kasih..... iaitu memberi tanpa minta dibalas.

Saat wanita jadi rembulan,
lelaki tetap menjadi matahari.....
agar rembulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi.

Cahaya rembulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari,
tetapi saat semua makhluk mengagumi rembulan,
siapakah yang ingat kepada matahari?

Matahari rela memberikan cahayanya untuk rembulan
walaupun ia sendiri tidak dapat menikmati cahaya rembulan...
dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya
sebagai pemberi cahaya
agar rembulan mendapatkan kemuliaan tersebut....
Ini disebut dengan Pengorbanan...
menyakitkan namun sangat layak untuk cinta.

Saat wanita jadi phoenix yang dapat terbang tinggi,
jauh ke langit bahkan di atas matahari...
lelaki tetap selalu jadi matahari
agar phoenix bebas untuk pergi ke mana pun ia mahu
dan matahari tidak akan mencegahnya.

Matahari rela melepaskan phoenix untuk pergi jauh,
namun matahari akan selalu menyimpan
cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk phoenix.

Matahari selalu ada untuk phoenix bila pun ia mau kembali
walau phoenix tidak selalu ada untuk matahari.
Tidak akan ada makhluk lain selain phoenix
yang dapat masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya.....
Ini disebut dengan Kesetiaan.....

walaupun ditinggal pergi dan dikhianati,
namun tetap menanti dan mahu memaafkan..

Untuk para wanita.....
Siapakah Matahari yang ada di dalam kehidupanmu??
Bila engkau sudah menemukan dan melihat Matahari dalam kehidupanmu...
pergi, lihat dan jangan pernah meninggalkan mataharimu... ~ ♥

::Harapan Seorang Wanita Dan Seorang Lelaki::





Harapan seorang wanita :

Aku mencari yang boleh memimpin BUKAN yg suka menuding,
Aku mencari yang pegang pada janji BUKAN yg suka berlari,
Aku mencari cinta yg hakiki BUKAN cinta yg buat aku susah hati...

Kerana Aku akan beri yang TERBAIK untuk dirimu yang berjaya membuka hatiku. Berjanjilah setiamu kerana agamaku.

Harapan kaum adam.

Aku harap wanita yang solehah,bukan yg pemarah.
Aku harap wanita berakhlak,bukan yang rupawan.
Aku harap yg mendidik,bukan mengherdik zuriatku kelak.
Aku harap yg tabah,bukan yg lemah bila dibadai gelora hidup.
Aku harap yg menuruti,bukan mengingkari arahanku ke jalan ALLAH.
Aku harap wanita yg mengerti,bukan yg memahami pesanan ini....kerana bila yg haram sudah halal,kau amanahku,tertangunglah dosamu diatasku mendidikmu.

Tuesday, January 24, 2012

::Ayatul Mahabbah - Doa Supaya Dikasihi::



Ayatul Mahabbah - Doa Supaya Dikasihi.

Doa supaya dikasihi dan disayangi oleh suami/isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya.

Amalkan ayat ini setiap hari selepas menunaikan solat fardhu l...ima waktu.


(Qul in kuntum tuhibbu-na Allaha fattabi ‘u-ni yuhbibkumullahu wayaghfir lakum dzunu-bakum waallahu ghafu-run rahiim. )

Maksudnya:
Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."
- Surah Ali Imran, Ayat 31

::Our Sweet Moment::

Assalamualaikum..


Alhamdulillah seronok jumpa encik tunang utk 2 hari nie..Kejap je masa berlalu. Encik tunang pun dah ondaway balik johor. Semoga Allah permudahkan perjalan encik tunang dan bakal adik ipar ke johor bahru, amin. Selama 2 hari nie, kami g jalan2 ke Zoo Negara..hehehe...reha x kira la korg nak gelakkan kitorg ni yg g zoo negara. Janji kitorg dpt spend time sama2. Jarang kami dpt spend time memandangkan kami ni sgt jauh. Ni pun sbb atas permintaan bakal adik ipar yg teringin sgt nak ke zoo negara, jadi hajat pun dah dimakbulkan alhamdulillah..Walaupun teramat la penat sgt sbb 1 zoo kitorg jalan tgk haiwan2 tp sgt best. Lepas rindu reha kt encik tunang. Thanks sgt2 sbb encik tunang support semuanya sekali. Rezeki kami berdua..alhamdulillah. Malam smlm lak kami ke i city, jgn ckp la tersgt la ramai umat manusia ke i city..smpai jem teruk tp nasib baik kami dtg awal gak la. Dlm 2 jam kami kt i city, then tgk gelagat org..Hari ni lak kami just lepak2 kt rumah family reha, n kebetulan member encik tunang pun dtg rumah so lg happening gak la kan. Then kami ke jusco just jalan2 spend time sama2..alhamdulillah..




Saturday, January 21, 2012

::Jodoh, Satu Pencarian Atau Penantian...:


Assalamualaikum..

Kahwin lewat bukan lagi satu isu besar bagi wanita yang berkerjaya. Memasuki usia 30 tahun bukan sesuatu yang menakutkan walaupun masih tidak mempunyai pasangan. Punya kerjaya mantap, kereta dan rumah adalah satu kepuasan. Allah SWT menjadikan setiap insan di dunia ini berpasang-pasangan. Mencari jodoh bukannya mudah, ada yang mencari jodoh melalui agensi jodoh, ada yang melalu laman sosial seperti facebook dan sebagainya. Tapi yang pasti setiap orang berharap agar jodohya kekal hingga ke akhir hayat.

Jom kita lihat apa yang perlu lakukan dan sebaliknya:

  1. Fahami sifat takdir jodoh yang ditentukan Ilahi termasuk dengan siapa dan waktunya. Kita hanya mampu berusaha tetapi penentuannya adalah urusan Allah. Perkara yang boleh dilakukan hanyalah berdoa dan bertawakal agar diberikan jodoh yang baik.
  2. Dalam masa yang sama belajar mengenai tanggungjawab suami atau isteri dalam rumah tangga islam. Kemudian cuba mengukur diri sendiri adakah anda sudah memenuhi kriteria berkenaan. Tanya diri sendiri adakah sudah bersedia untuk bergelar isteri solehah untuk suami solehah. 
  3. Buat perancangan atau gambaran kasar rumah tangga bagaimana yang anda inginkan. Gambaran ini akan membantu ketika calon sudah ada dan boleh dibincangkan bersama. Bukannya berbincang mengenai perkara-perkara yang tidak penting seperti rumah apa yang diingini, reka bentuk atau warna bilik tidur dan sebagainya. 
  4. Selepas itu, mulakan 'perburuan jodoh' yang sebenarnya dengan cara yang benar. Berburulah pada waktu-waktu sepertiga malam, di atas sejadah dengan kerendahan hati, berdoa dan mintalah apa yang anda idamkan untuk rumah tangga. Akhirilah dengan pernyataan : "Jika itu semua baik Menurut-Mu Ya Allah, kabulkanlah segera dan mudahkanlah. Namun jika kurang baik Menurut-Mu, tunjuklah padaku yang lebih baik, dan siapkanlah diriku menerimanya, Amin.
  5. Sesudah itu, ketahuilah cara mencari jodoh yang baik. Kenalilah keperibadian diri sendiri dan belajar memahami perbezaan keperibadian orang. Dengan memahami pelbagai jenis keperibadian akan membantu sebuah hubungan selain mencari jodoh yang tepat.
  6. Jangan terlalu cerewet memilih pasangan. Sekiranya sudah bertemu yang baik agama dan akhlaknya, itu sudah memadai. Jangan terlalu pentingkan kerjaya, pangkat atau harta dan rupa kerana itu semua tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.
  7. Carilah pasangan yang boleh memahami. Setiap pasangan mestilah memahami di antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap orang mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Kelainan itu mampu mempengaruhi sifat pasangan.
  8. Memaafkan. Sikap ini amat penting bagi mengekalkan hubungan dan rumah tangga. Buangkan sikap ego dalam diri anda kerana ia akan merosakkan hubungan yang dibina.
  9. Memotivasikan. Setiap pasangan mestilah memotivasikan di antara satu sama lain. Faktor seperti stress, tekanan kerja, masalah kewangan akan menjadi punca keretakan rumah tangga. Namun dengan adanya sikap memotivasikan akan membantu memulihkan dan menaikkan kembali semangat pasangan.
  10. Kenali pasangan. Dengan mengetahui kekurangan dan kelebihan, lebih mudah untuk mengawal keadaan dan menyesuaikan diri dengannya. Menerima dirinya seadanya juga membantu merapatkan hubungan.
  11. Mengharapkan pasangan mempunyai sikap dan perasaan serupa dengan diri sendiri.
  12. Lazimnya, seseorang akan mencari pasangan yang mempunyai sikap, pemikiran dan kesukaan yang serupa dengan dirinya. Namun suami atau isteri perlu memberi sedikit ruang perbezaan. Perbezaan begini sebenarnya memberi peluang untuk suami isteri berkomunikasi dengan lebih kerap.
  13. Pasangan yang tidak saling mempercayai antara satu dengan lain tidak akan dapat menyatakan perasaan mereka secara jujur. Mereka akan berkelakuan buruk sangka dan tidak dapat meneruskan perhubungan dalam suasana yang baik. Kesannya, rumah tangga tidak akan aman.
  14. Suami isteri yang pentingkan diri sendiri biasanya ingin berkuasa ke atas pasangannya sehingga hanya wujud komunikasi sehala di antara mereka. Suami atau isteri yang terlalu dominan juga memaparkan sifat suka merendah-rendahkan pasangannya. Akibatnya, perhubungan menjadi kaku dan tidak mesra. Bagi pasangan yang tidak mampu bertahan, mereka mungkin akan menganbil keputusan untuk pergi daripada terus dibelenggu oleh sikap pasangan yang terlalu mengawal. Oleh itu, suami isteri perlu bertolak ansur dan jangan sekali-kali mengabaikan perasaan pasangan kita.

Friday, January 20, 2012

::Rahsia Surah Al-Kauthsar::


RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, war...nanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Monday, January 16, 2012

::Petua Untuk Mendapat Pasangan::



Renungan bersama - Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah -

1.Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada
... tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada
jauh darinya.

2. Jodoh itu
ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan
bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan
anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu
jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu
jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti �magnet� yang menarik bakal
pasangan anda kepada anda.

5.
Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah
untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap
semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati
dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan
orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik
sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8.
Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk
bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu
sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan
pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi
tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10.
Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik
pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa
bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang
melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata
secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan
hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara
berterusan hingga berjaya.

13.
Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan
hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu
menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa
merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa
atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16.
Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada
minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri
sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan
lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera
agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal
pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19.
Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan
seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang
menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang
untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap
sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak
tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci

Saturday, January 14, 2012

::Hikmah Ayat Al-Kursi::



Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal syaitan yg duduk diatas pintu rumah.Tugasnya ialah utk menanamkan keraguan dihati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli perumahan disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dengan itu mulakan hidup ini dengan perbanyakan membaca Ayat Kursi.

::21 Petua Mencantikkan Wajah:


Caranya adalah seperti berikut:

MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT

Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

BIBIR MERAH SEMULAJADI

Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

MELEBATKAN BULU KENING

Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

KULIT MUKA LICIN BERSERI

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

MENAIKKAN SERI MUKA

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA

Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA

Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

MELICINKAN WAJAH

Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR HITAM

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR

Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan s apukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR

Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING

Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

NAIK SERI WAJAH

Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

OTAK JADI BIJAK

masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

MENCANTIKKAN KULIT MUKA

Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

MENYERIKAN WAJAH

Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT

Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

PETUA AWET MUDA

Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

MUKA BERSERI

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

SENTIASA MUDA

Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda —

Friday, January 13, 2012

::Halia::



Assalamualaikum.

Reha nak update mengenai halia lak, hehe. Mesti u all tertanya2 why reha nak update pasal halia nie, coz halia nie banyak khasiatnya. Walaupun rasanya agak x sedap kan, tapi yang x sedap tu la yang berkhasiat tau. Reha pun x suka gak but if nak masak kita mesti guna halia gak kan untuk menyedapkan lagi masakan kita. So reha nak story psl asal usul halia..


Asal Usul Halia

Halia sudah lama digunakan dalam masakan kita lagi2 untuk orang asia cm kita ni hah kan. Nama scientific bagi halia ni ialah 'Zingiber Officinale Ross' punya la panjang nama halia nie, tp nama melayu pendek tol, halia je. hehe. Selain tu gak, halia juga dikenali dgn nama ginger (Inggeris), jahe (Indonesia), khing (Thailand), mioga (Jepun), adruk (India), jingibre (Sepanyol), ingwer (Jerman), gingembr'e (Perancis) dan zenzero (Itali). Banyak tol nama2 gelaran bg halia nie kan. Halia nie bkn sahaja terkenal di timur je, malah di barat pun terkenal gak tau, Di Malaysia, halia ni telah ditanam secara komersial di Sabah, Sarawak, Pahang, Selangor dan Johor. Halia juga diproses menjadi minyak dan hasil ekstrak oloeresin. Minyak daripada halia ni boleh dijdikan bahan perasa minuman, kosmetik dan ubat-ubatan. Fuh banyak gak ya bahan2 yang boleh dijadikn daripada halia nie.

Halia tergolong dalam keluarga 'Zingiberaceae', adalah rizom yg mempunyai daun jenis panjang dan meruncing. Dalam dunia perubatan masyarakat cina, halia telah digunakan sejak berkurun2 lamanya. Ia juga menjadi rempah ratus paling awal ditemui di Eropah Barat. Bahan utama yang terkandung dalam halia ialah gingerols, zingibain, bisabolenel, oleoresin, kanji, minyak asasi, musilaj dan protein.

Mampu Turunkan Paras Kolestrol

Kajian awal menunjukkan bahawa halia nie mampu merendahkan paras kolestrol di dalam darah dan mencegah daripada berlakunya pembekuan darah. Mampu melindungi saluran darah daripada menghalang dan memusnahkan kesan penghalang, misalnya aterosklerosis iaitu di mana ia mampu menyebabkan angin ahmar dan serangan jantung. Kajian juga menunjukkan halia mempunyai bahan aktif melawan kanser.

Maklumat Tambahan Mengenai Halia

Halia tidak mempunyai sebarang kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekalipun. Kapsul halia perlu diambil bersama segelas air. Halia juga boleh diambil sehari selepas seseorang menjalani pembedahan untuk mengurangkan rasa loya. Pengambilan halia juga mampu mengurangkan kerengsaan perut bg mereka yang menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi.


Mengubati Selsema dan Asma

Untuk yang ada selsema dan asma, pengamal perubatan traditional mencadangkan supaya mengunyah halia segar atau minum teh halia atau perahan jus akar halia bersama satu camca madu.

Mengurangkan Sakit Sendi, Sakit Otot dan Kolestrol

Untuk otot yg sakit, minyak halia dicampurkan dgn minyak neutral lain dan digosok ke bahagian tersebut.

Mengubat Batuk

Dengan menghisap hirisan halia, dapat melegakan batuk dan gatal2 tekak. Lebih mujarab jika air halia dicampurkan dengan sedikit madu.

Menghilangkan Bau Mulut

Halia memang berkesan menghilangkan bau mulut. Hiris halia dan rebus sehingga mendidih. Biarkan sejuk seketika dan minum. Atau tumbuk halia hingga lumat dan kemudian tapis. Campur dengan air yang sudah dimasak. Amalkan minum halia tersebut waktu pagi dan petang.

Tuesday, January 10, 2012

::Tips Perkahwinan Dari Ustaz Azhar Idrus::





TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

... 2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Allahuallam ..

Monday, January 9, 2012

::Suara Kekasih::

 
Kekasihku,
Pertemuan dua hati merupakan satu lembaran kehidupan yang amat manis
Begitulah juga pertemuan diriku dengan dirimu
Penyatuan hati kita membawa suatu kepuasan yang tidak pernah kukecapi

Hanya denganmulah aku senang berbicara tentang masalah hati
Hanya denganmulah aku berasa selamat meniti ranjau dalam kehidupan ini

Sesungguhnya kau amat bermakna buat diriku
Dari dulu, kini dan selamanya....

Saturday, January 7, 2012

::Kahwin2 Kak Azie n Jeremmy aka Alif Abdullah::

Assalamualaikum..

Good morning friends..Skrg dah pukul 1.45 pagi, still x tido2 lagi nie. Boring nie, tu yang nak update je blog nie..Actually rasa penat nye coz siang tadi de event wedding my aunty if ikut pangkat mmg aunty pun but reha panggil kak azie or kak long..Tu baru wedding kak long, lom wedding sendiri kan..agak2 lagi penat kan. Untung kak long married ngan mat salleh gitu, his name Jeremmy Clemensen aka Alif Abdullah. Nice name. Serius tinggi seyh, hehehe..Sporting, first2 pemalu then lama2 ok je..hensem tau, hehe..Diorg dah nikah 2 weeks x silap reha, then bru tadi sanding, so selamat sudah kan..Happening sgt2,ramai org, tema color black purple, baju purple, cantik n sepadan sgt2..pelamin mmg cantik, simple but cantik, xde la terlalu banyak aksesori kan..sedara pun ramai dtg, mmg best sgt2..alhamdulillah x hujan, cuaca pun agak tenang, cerah walaupun panas tp ok je. Memang best la kan, then ramai lak yang tanya eh reha bila date kawen, eh reha congratulation..hahaha..reha pun senyum2 je kan..awal lg nak wish kan..lom tiba lg, tunggu la lg 3 bulan cmtue, insyaallah..semoga dipermudahkan segala urusan reha dan tunang reha..amin. Ok la nak upload photo but cm biasa x banyak photo nak upload, apa2 pun kt fb je la ea..hehehe..





::Pemberian Atau Hadiah Lelaki Kepada Perempuan::


BERIKUT ADALAH MAKSUD PEMBERIAN/HADIAH LELAKI KPD PEREMPUAN :
JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu
CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi
GELANG → Tanda mesra
RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian
... SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan
KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin
PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu
PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi
MINYAK WANGI → Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan
BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur
BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKLAT → Semanis cintamu
LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan
SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat
HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup)
Tetapi hadiah yang paling di nanti-nantikan oleh setiap perempuan adalah... MASUK MEMINANG → Tandanya dia serius n betul2 ikhlas mencintai kamu...

Thursday, January 5, 2012

::Sambutan Hari Kecemerlangan Dan Tahun Baru 2012 By Kagum:

Assalamualaikum.

Hai2, sihat x? Diharap semuanya sihat walafiat. Sebenarnya reha terlambat nak story pasal Sambutan Hari Kecemerlangan dan Tahun Baru. Sambutan diadakan pada 1hb January 2012 hari sabtu malam ahad jam 9.00 malam di Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan Port Klang. Actually sambutan nie diadakan untuk meraikan pelajar2 yang cemerlang dalam bidang akadmik serta untuk tahun baru 2012 oleh Kagum. Kagum ni sebuah badan organisasi..x perlu la reha nak ceritakan. Reha dan family hadir ke majlis tersebut kecuali adik reha je yg x dpt dtg coz de hal. Ikutkan nak raikan adik but x dapat dtg kan. Memang best la sbb buat kat Muara Ikan Bakar n dinner ramai2. Makan pun banyak but just makan ikan2, udang, ketam, tomyam..tu pun mmg x abis nak makan semua. Untung student yang cemerlang coz dapat sijil penghargaan, n saguhati. Adik reha pun dapat but my mother yang jadi wakil untuk ambil sijil. Then malam tu gak reha rasa lucky coz dapat hadiah cabutan bertuah. Actually under my father nam but lucky la kan coz reha hadir..hehehe..Seronok dapat hadiah hamper..alhamdulillah. So reha nak upload photo2 tp x semua la reha upload..=)



::Aku Cinta Padamu::



Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu...
kerana aku menyayangimu, aku tak ingin melukai hatimu...
kerana aku suka akhlak dan budi pekertimu, aku tak ingin mmbuatmu kecewa.

” Bila kamu menaruh rasa di hatimu, biarkan rasa itu ...indah brsemi dalam cinta-Nya yang abadi.. Bila hatimu ingin aku jadi kekasihmu, berharaplah pada kasihNYA suci... Aku hanya ingin jadi kekasihmu setelah DIA tak lagi cemburu padaku.”

Kamu tahu maksudku, pastinya kamu akn merasa bahagia..
karna dgn saling menjaga hubungan yg blm ada ikatan itu akn menjauhkan duri2 penuh fitnah.

” Biarlah kita menjalani khdupan ini tnpa ada kata, tatapan, atau pertemuan hanya brdua.. Dalam kesendirian itu lebih baik untk lebih dekat kepadaNYA, petunjuk dan redhaNYA kita harapkan untk ikatan yg halal.”

Percyalah akn janji-Nya, bila kita sdh jadi pribadi yang baik Allah kan menyatukan hati kita untuk brsama-sama menyelami lautan cintaNYA, menuju satu kehidupan yang tak akan terpisahkan selama-lamanya.

Tuesday, January 3, 2012

::Sebelum Dan Fikirkan::


Hari ini...

Sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
... Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menuding jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Selemah-lemah manusia ialah orang yangg tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari...
~ Sayidina Ali ~

(Rujukan dari page facebook Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal)

Monday, January 2, 2012

::Mencari Keredhaan::


Dalam aku mencari redhaMu Tuhan,
jiwaku perlu kepada mutiara ihsan,
kalbuku perlu pada permata iman,
agar diriku sentiasa indah dengan nikmat ISLAM,
Tetapi bagaimana harus ku merasai semua itu
... tanpa bantuan seorang teman yang mampu
menjadikan diriku menuju ke sisiMu Tuhan.

Saat Allah mencintai seseorang,
tempat pertama menerima sentuhan cinta itu
ialah hati mereka.
Disitulah Allah melenyapkan rasa putus asa
dan kesedihan akibat dosa mereka,
kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan
utk berubah menjadi insan bersih.

Hati kita seeloknya selalu berbisik:
"Aku tahu bila Allah mencintaiku iaitu saat ku
membenci segala kejahatanku"

Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya
kesenangan itu selepas kesusahan,
jangan berduka cita kerana hidup ini meletihkan,
sebab demikianlah hidup ini diciptakan

~imam syafie~

(Rujukan dari page facebook Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal) -untuk panduan kita semua..=)

::Jack and Jill::


Assalamualaikum..

Hai2, malam tadi movie time with my friend, watching movie Jack and Jill di Aeon Jusco Bukit Tinggi Klang. Movie ni mmg best la, lawak sangat, kelakar lagi2 lakonan Adam Sandler, mmg best. If Adam Sandler berlakon, mesti kelakar punya..hahaha. Movie ni mengisahkan Jack n Jill sepasang kembar lelaki dan perempuan. Jack nie dah berkahwin, mempunyai seorang anak perempuan, dan seorang anak angkat lelaki. Jill lak kembar pada Jack tapi belum berkahwin lagi. Jill ni datang ke rumah Jack sbb nak holiday sama2, tp jack ni x suka sangat jill dtg coz perangai jill yg agak de something wrong la kan..Jill ni cm pelik la, mcm2 perangai ada kat jill nie. Kelakar sangat bila jill ni naek ski kat dlm pool rumah jack, mcm2 la benda yang dia buat. Kalo nak tau selebihnya, sila la tgk movie ctr nie ea, nak story x best lak kan..hehehe..apa2 pun thumbs up to his movie..Terbaik la, bukan nak support English movie tp jalan ctr n lawak yg best, so mmg best n terbaik la kan..but apa2 pun movie tempatan yg paling terbaik..

::Langit::



Semua dah sekian maklum bahawa ALLAH telah menciptakan langit sebanyak 7 lapisan. Tetapi sejauh manakah anda tahu mengenai ciptaan ALLAH s.w.t ini ?

7 jenis dan nama langit :-

1) Raqi'ah - langit yang lebih putih dari susu.
...
2) Fidum atau Ma'un - Terdiri dari besi yang memancarkan cahaya.

3) Malakut - Dari Tembaga

4) Zahirah - Dari emas putih

5) Mazinah atau Masharah - Dari emas merah

6) Khalisah - Dari Jauharah

7) Labiyyah atau Dami'ah - Dari yaqut merah

-Dari kitab Mukashafah Al Qulub Imam Al-Ghazali-

(Rujukan dari Page Facebook Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah-Jadikan sebagai rujukan dan ilmu)

Sunday, January 1, 2012

::Cinta Ibarat Air::




CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun...

Jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita..

Jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita..
...
Jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara..

Jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah..

Jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya.

Maka jenis air manakah yang kita inginkan…??

Carilah mata air yang suci lagi murni… walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja...